Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahu Bakal Suami Lebih Sayang Dirinya Berbanding Dia Mencintai Lelaki Itu, Ameera...

    Mahu Bakal Suami Lebih Sayang Dirinya Berbanding Dia Mencintai Lelaki Itu, Ameera Khan Bersungguh Doa Jodoh Di Mekah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seringkali kita mendengar isu keretakan rumah tangga yang berpunca daripada sikap sang suami.

    Malangnya, ciri yang tidak baik pada lelaki tersebut membuatkan dia gagal melaksanakan peranannya. Inilah sebabnya mengapa para wanita perlulah mengenali ciri-ciri lelaki yang baik sekiranya ingin menjadikan si dia sebagai suami.

    Bahkan dalam Islam, kita sememangnya dituntut untuk mencari pasangan yang memiliki keperibadian yang baik berbanding mengutamakan kedudukan, pemilikan harta, atau kecantikan paras rupa seseorang kerana ianya tidak akan berkekalan.

    Ini kerana ciri-ciri keperibadian yang baik mampu memberi impak positif bukan sekadar dalam institusi rumah tangga, malah terhadap masyarakat.

    Malah, dari aspek kekeluargaan, ia dapat memberi kesan positif terhadap hubungan sesama pasangan, akhlak anak-anak, malah hubungan bersama ahli keluarga seperti mentua dan saudara-mara.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pempengaruh media sosial yang juga adik kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan, menarik perhatian netizen apabila berdoa agar jodohnya dipertemukan dengan sebaik-baiknya ketika berada di Masjidil Haram, Mekah, sewaktu mengerjakan umrah bersama keluarganya.

    Menerusi video yang dikongsikan ibunya, Noorkartini dalam Instagram, kelihatan gadis berusia 23 tahun itu menadah tangan dan berdoa ketika laungan azan sedang berkumandang agar dikurniakan jodoh terbaik buat dirinya.

    “Semoga baby (panggilannya) diberikan jodoh yang terbaik, jodoh yang hebat, jodoh yang handsome (kacak), yang baik, menyayangi, menghargai dan saling menghormati,” katanya.

    Dalam ruangan komen pula, Ameera turut memohon doa daripada Allah SWT supaya diberikan seorang lelaki yang beriman, putih hatinya, bersih, baik, lembut serta bercahaya.

    “Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, beradab dan penyayang, dimuliakan dan dihormati orang-orang sekeliling.

    Doa yang dipohon oleh Ameera itu sekali gus menarik perhatian pengguna Instagram apabila turut mendoakan jodoh terbaik buat dirinya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts