Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahu Bantu Pelajar B40, KFC Malaysia Tawar Biasiswa Lanjutkan Pelajaran Ke Universiti

    Mahu Bantu Pelajar B40, KFC Malaysia Tawar Biasiswa Lanjutkan Pelajaran Ke Universiti

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Ia bukan sahaja memberi kemahiran dan pengetahuan kepada individu, tetapi juga menjadi asas ke arah mencapai kemajuan yang berkekalan.

    Akan tetapi, masih ada individu yang terpaksa melupakan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran disebabkan kurang berkemampuan terutama sekali dari segi kewangan.

    KFC Malaysia mahu membuka jalan kepada bakal pemimpin negara untuk melanjutkan pelajaran

    Jika korang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran tetapi kurang berkemampuan, ini adalah satu peluang keemasan untuk korang.

    KFC Malaysia telah melancarkan Biasiswa KFC iaitu sebuah inisiatif untuk memperkasakan lebih 30 pelajar daripada komuniti kurang bernasib baik ke arah perjalanan pendidikan tinggi.

    Difahamkan, inisiatif tersebut membabitkan nilai RM2.1 juta yang disasarkan kepada pelajar B40 yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di 20 universiti awam di Malaysia.

    Lebih menarik, selain yuran pengajian ditaja, biasiswa itu juga meliputi elaun sara hidup bulanan dan baucar makan KFC.

    Permohonan untuk biasiswa itu telah memproses lebih 500 permohonan sejak ia dibuka pada 28 Mei lalu sehingga kini.

    Cara untuk memohon dan apa yang korang perlu tahu tentang Biasiswa KFC

    Mudah sahaja cara untuk korang memohon Biasiswa KFC ini. Korang hanya perlu pastikan sudah menerima surat tawaran tanpa syarat daripada universiti awam Malaysia.

    Kemudian, korang boleh terus memohon program biasiswa di sehingga 31 Julai 2024.

    Bagi yang disenarai pendek, korang akan melalui proses saringan dan pemilihan panel pasukan kepimpinan KFC Malaysia.

    Biasiswa itu akan diberikan kepada 30 pelajar yang akan menerima sokongan kewangan untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda mereka sehingga empat tahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] Aliff Syukri, Isteri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta – ‘Bukan Nak Riak Tapi Keberkatan Yang Mengalir Itu Sangat Mustahak’

    Add Hope Foundation bukan sekadar badan amal ‘isi perut’, kini fokus pendidikan

    Pengerusi KFC Malaysia, Tan Sri Jamaludin Ibrahim

    Pengerusi KFC Malaysia, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata sebagai pengendali rangkaian makanan segera terbesar di Malaysia, mereka berusaha untuk mengubah kehidupan, meningkatkan komuniti dan mewujudkan masyarakat yang lebih saksama.

    “Biasiswa KFC mencerminkan komitmen kami untuk melabur dalam komuniti dan memperkasakan generasi akan datang pemimpin. Dengan menghapuskan halangan kewangan, kami berhasrat untuk membuka pintu kepada pendidikan berkualiti dan membina peluang ekonomi untuk masa depan,” katanya.

    Biasiswa KFC adalah lanjutan daripada initiatif Add Hope, cabang amal KFC Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan masyarakat.

    Dengan menyalurkan sumber ke dalam pendidikan, KFC Malaysia berhasrat untuk meningkatkan aspirasi akademik pelajar, memupuk masa depan yang lebih cerah untuk mereka dan negara.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts