Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahu Beri Kelainan, Luqman Podolski Lancar Tak Sedar Diri!

    Mahu Beri Kelainan, Luqman Podolski Lancar Tak Sedar Diri!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak sedar dengan kemampuan diri dan menganggap segala-galanya akan beres merupakan antara sifat yang sering membelenggu segelintir daripada ahli masyarakat.

    Berkolaborasi Bersama Sya

    Sikap tak sedar diri ini biasanya tidak disedari oleh individu tersebut sehingga ada kala perlu disedarkan oleh orang sekeliling.

    Situasi yang sering  berlaku kepada mereka sebenarnya menarik minat Luqman Podolski untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul Tak Sedar Diri yang berkolaborasi bersama SYA.

    Intipati lagu yang dilhamkan daripada senario tersebut pada dasarnya cukup menarik untuk dihayati sementelah bait-bait lirik berkenaan ditulis secara sinikal, penuh makna dan ‘kena’ dengan mereka yang tidak  sedar diri.

    Menjelaskan perkara berkenaan, Luqman Podolski memang merujuk situasi yang dialami sebahagian daripada ahli masyarakat yang tidak sedar dan tidak memahami dengan keadaan diri mereka sendiri.

    Mengenai Sikap Yang Sedang Berlaku

    via Warner Music Malaysia

    Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Luqman Podolski yang bernaung di bawah pengurusan Warner Music Malaysia menganggap mereka yang tidak sedar diri biasanya bersifat narsistik dan boleh dirujuk sebagai seorang yang sombong.

    Sifat terlalu yakin ada kalanya akan membuatkan mereka tidak memahami batasan diri sendiri dan pada akhirnya mendatangkan masalah kepada orang lain.

    Menganggap ini merupakan karya yang lari daripada kebiasaan, Luqman Podolski bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang muzik terutamanya Bo Amir.

    Bekerjasama Golongan Hebat

    Kehebatan lelaki berkenaan dalam bidang penciptaan cukup dikagumi berdasarkan beberapa karya yang pernah dihasilkan seperti Lagu.

    Penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Kau Rindu itu mengakui proses rakaman kali ini sedikit janggal dan di luar jangkaannya.

    Beliau sendiri tidak menyangka dapat bekerjasama dengan ramai individu hebat sepanjang proses rakaman dan pemikinan video muzik (MV).

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Che Ta Bebel Dekat Aaisyah sebab Tak Mahu Ikut Keluar, Raih Perhatian!-“Mummy, I Nak Rehat Harini”

    Tak Sedar Diri merupakan lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Kim Manul, SYA dan Bo Amir Iqram. Lagu ini dilancarkan secara rasmi pada 6 September lalu disemua pelantar digital. MV pula boleh ditonton melalui YouTube Black Cat Hat Records.

    Related articles

    Follow Us

    20,224FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts