Kehilangan seseorang yang dicintai dalam kehidupan adalah satu pengalaman yang sangat sukar dalam kehidupan, seperti yang dialami oleh pelakon Jennifer Coppen.
Setelah pemergiannya suami, Dali Wassink akibat kemalangan pada Julai 2024, Jennifer kini masih lagi bergelut dengan kesedihan yang mendalam. Untuk pengetahuan kamu, Dali bukan sahaja pasangan hidupnya, malah sumber kekuatan dan kebahagiannya serta anak mereka, Kamari Sky Wassink.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, Jennifer ada membuat live (sesi langsung) di instagram, mengakui dirinya masih lagi tertekan dan berat badannya semakin menurun. Jennifer juga memberitahu, dia mengalami kesukaran untuk menambah berat badan walaupun sudah makan banyak.
“Saya dah makan banyak tapi saya tak tahu kenapa berat badan saya terus susut dan tak berhenti turun. Sekarang ini, berat saya adalah 42 kilogram.”
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Jennifer juga kerap berfikir untuk mengakhiri hidupnya kerana tidak dapat hidup bersendirian tanpa suami di sisi. Tetapi dia sedar pemikirannya itu salah kerana masih mempunyai anak perempuannya, Kamari yang memerlukannya.
“Jangan silap, b*nuh diri itu sering terlintas dalam kepala saya. Tetapi saya tidak akan berbuat begiru kerana saya ada anak. Kamari masih lagi memerlukan saya dan saya tidak akan buat begitu.”
@jennifer.coppen Kalo ditanya pengen nyerah gak sih? Iya.. yang kalian liat aku kuat di social media aku bohong.. aku engga kuat .. tapi bagaimana aku mau menyerah ? Liat anakku dia bahagia kan .. and i want it to be like that forever, anakku dia penyemangatku, karna dia aku bisa bertahan sejauh ini Aku mencoba untuk melawan penyakitku, kerja dan menjadi seorang orang tua tunggal bukan hall yang gampang tapi akan aku lakuin demi anakku. Apapun itu. I will die for her i will kill for her and i will live for her. Terimakasih kamari, terimakasih sudah menyelamatkan hidupku Semoga kamu tau seberapa besar rasa cinta mama ke kamu nak. Perjuangan mama untuk kamu. Dan mama akan terus berjuang sampai kapanpun sampai akhir nafas mama🤍
♬ suara asli – AyngKu – AyngKu
Jennifer Coppen turut meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap Dali Wassink atau mesra disapa Papa Dali. Dia juga memberitahu walaupun dia terlihat gembira menjalani kehidupan, dia sentiasa mengingati dan bersedih mengenai pemergian suaminya itu.