Kumpulan The Voltage tampil dengan single bergenre rock iaitu ‘Aku Lelaki’ buat para peminat mereka.
Lagu yang dilancarkan pada akhir bulan Jun itu dikatakan sangat istimewa kerana ia berdasarkan kisah benar salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Jumlah tontonan hampir 100k
Menurut vokalis kumpulan The Voltage iaitu Wafi, lagu ini berkisarkan tentang seorang suami yang kuat dan taat setia menjaga seorang isteri yang menghadapi masalah tekanan mental.
Walaupun isterinya mempunyai masalah depresi dan masalah kesihatan yang serius, tetapi suaminya sentiasa bersabar dan mengawal isterinya dengan baik.
Tapi akhirnya pada suatu hari isterinua nekad membunuh diri dengan cara menj*rut di jendela rumah. Alhamdulillah, sang suami masih kuat sehingga kini demi menjaga anak-anak tercinta.
Ujar Wafi lagi, lagu ini ditulis dan digubah sepenuhnya oleh The Voltage iaitu Zarul (Drummer), Ayoi (Gitaris), Ijoy (Basis) dan dirinya selaku vokalis.
Lagu ini dimuat naik dalam album Rock Never Dies Volume 1 bersama Sons Of Adam, Bumantra, Melissa, The Flow, Roots N Boots, Senna dan lain-lain.
Berbicara lebih lanjut, Wafi meluahkan rasa syukur kerana album dan lagu ini mendapat sambutan yang baik serta sokongan yang padu daripada rakan rock artis terutama Datuk Awie.
Datuk Awie yang lancarkan album ini. Harapan kami supaya lagu ini sampai ke Final Juara Lagu dan mendapat tempat di setiap hati rakyat Malaysia.
Disoal mengenai tempoh masa untuk menyiapkan lagu ini, Wafi berkata, mereka hanya mengambil masa sebulan sahaja untuk menyiapkannya.
Di akhir temu bual, The Voltage memberitahu mereka mahu menjadi seperti kumpulan Search dan Wings. Ujar The Voltage, mereka sangat menyukai kedua-dua kumpulan tersebut kerana belum ada lagi generasi yang baharu seakan dengan mereka.