Pelakon Nafiz Muaz memilih untuk menjaga martabat seorang isteri daripada memperlihatkan di media sosial.
‘Kami okay je’
Ketika ditemui , Nafiz atau nama lengkapnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nazie, 26, menepis dakwaan sudah bercerai.
Ujarnya, dia enggan mengulas lebih kerana ingin mengasingkan hal peribadi daripada pengetahuan umum.
Saya tidak bercerai. Saya masih lagi dalam alam perkahwinan.
Saya tidak suka nak tekankan hal ini sebab saya tidak mahu orang tahu pun hal peribadi saya.
Saya bahagia ke tidak bahagia ke, biar saya dan keluarga sahaja yang tahu.
Tambah Nafiz, perempuan sepatutnya dijaga dan bukan untuk didedahkan.
Nafiz berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama Pada Isnin.
Faham karakter pelakon lama
Berkongsi lebih lanjut, Nafiz pernah menjadi saksi pelakon dimaki dan diherdik sepanjang berkecimpung di dalam dunia lakonan.
Namun baginya, pelakon yang sibuk bermedia sosial di set penggambaran sehingga hilang fokus berhak dimarahi.
Saya pernah nampak ibu Fauziah Nawi tegur seorang pelakon sebab tiada persediaan dalam set.
Orang lama dalam industri mesti ada karakter mereka tersendiri, sebab untuk berada di mana mereka berdiri sekarang ini pun atas usaha mereka sendiri.
Kita sebagai yang baru kena hormat yang berpengalaman.
Kalau kita bawa adab pergi mana-mana, kita boleh hidup.
Kongsi perkembangan terkini, Nafiz merupakan salah seorang barisan pelakon untuk drama bersiri ‘Langit Ke Tujuh’ yang bakal bersiaran di Tonton.
Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nora Danish, Faezah Elai dan Farahdhiya.