Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahu Meninggal Sebelum Ibu Tercinta, Syada Amzah Mohon Doa Mampu Tanggung Ibunya...

    Mahu Meninggal Sebelum Ibu Tercinta, Syada Amzah Mohon Doa Mampu Tanggung Ibunya Makan Pakai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umum mengetahui bahawa bu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak dengan seikhlas hati kerana semuanya bakal dipertanggungjawabkan ke atas mereka di akhirat kelak.

    Namun buat anak-anak pula, ingatlah syurga itu berada di bawah tapak kaki ibu dan bapa.

    Meskipun satu perkara paling kompleks dan sukar secara emosi yang boleh dialami seorang anak adalah menjaga ibu bapa yang tua. Sungguhpun begitu, tanggungjawab menjaga ibu bapa wajib dilaksanakan anak khususnya anak lelaki, lebih-lebih lagi jika insan yang banyak berjasa itu semakin uzur dan tidak berupaya melakukan segala rutin hariannya sendiri.

    Bahkan tanya kepada mana-mana orang yang menjaga ibu bapa atau salah seorang ibu atau bapa, antara jawapan yang anda terima ialah ‘banyakkan bersabar’.

    Benar, tidak mudah untuk melayani ibu bapa yang sudah tua. Setiap orang mempunyai kerenah dan masalah kesihatan tersendiri yang menuntut anda menjadi insan prihatin dan melatih diri supaya bersikap lebih berlemah lembut serta penyayang.

    Ini kerana secara lumrahnya, semakin meningkat usia, seseorang itu akan menjadi lebih sensitif. Kudrat dan kesihatannya ditarik sedikit demi sedikit. Pendengaran semakin kurang, penglihatan juga begitu. Tutur katanya dan pergerakannya menjadi lebih perlahan.

    Sesetengah ibu bapa mungkin mahukan lebih perhatian diberikan kepadanya sedangkan anak-anak pula sibuk diulit kerja dan keluarga. Tidak mudah untuk melaksanakan tugas ini. Dalam keadaan penat, anak-anak mungkin terkasar bahasa dengan ibu bapa yang menyebabkan mereka memendam rasa.

    Berbahas soal ini, penyanyi Syada Amzah meluahkan hasrat mahu meninggal dunia sebelum ibu tercinta, Fauziah Sarman kerana tidak mampu hidup tanpa permata hatinya itu.

    Menyedari kehebatan doa seorang ibu, Syada atau nama lengkpanya Nursyuhada Amir Amzah, 26, memohon dimurahkan rezeki agar sentiasa dapat menjaga insan kesayangan.

    “Hasrat Adah (nama panggilan Syada), saya mahu pergi dahulu (meninggal) sebelum ibu, sebab saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia.

    “Saya tahu tidak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu. Ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya.

    Dalam masa sama, adik kepada penyanyi Shila Amzah itu berkesempatan menitipkan nukilan istimewa buat ibunya sebelum 2023 melabuhkan tirai semalam.

    “Meluangkan masa di hari terakhir pada tahun 2023 dengan insan yang saya sayang. Saya amat bersyukur dikurniakan insan yang hebat, rendah diri dan baik hati di sekeliling saya.

    Selepas terlibat dalam pertelingkahan berikutan isu cadangan Shila mahu menjual banglo didiami keluarga, Syada dilihat sering bersama ibunya.

    ALSO READ:  Risau Takut Tak Pandai Berlakon, Izara Aishah Bakal Berlakon Dengan Fattah Amin

    Syada merupakan anak bongsu kepada penyanyi veteran, Datuk ND Lala dan Datin Fauziah Sarman.

    Selain Syada, pasangan yang mendirikan rumah tangga selama 34 tahun itu dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Shahila, 34; Amir Syafiq, 31; dan Amir Syahir, 29.

    Namun, rumah tangga ND Lala dan Fauziah tidak berpanjangan apabila mereka sah bercerai menerusi aplikasi WhatsApp pada 2 Ogos tahun lalu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts