Sejak semalam, media hiburan tempatan digemparkan dengan kenyataan daripada Bella Astillah yang mendakwa suaminya pernah berlaku curang sebanyak 11 kali.
Pendedahan itu telah mengundang pelbagai respon termasuklah daripada rakan-rakan artis yang turut bersimpati dengan nasib yang dilalui Bella.
‘Keluarga toksik ni memang ada’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Rita Rudaini menitipkan nasihat agar Bella mengundurkan diri dari keluarga yang toksik selepas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu mendedahkan sikap sebenar ibu mentuanya.
Tambah Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, pelakon berusia 30 tahun itu tidak layak berada dalam sebuah keluarga yang toksik selain berpendapat semua yang terjadi adalah petunjuk yang diberikan Allah SWT kepadanya.
Keluarga toksik ni memang ada. Sudah lah Bella, awak tak layak duduk dalam keluarga toksik. Syukur Alhamdulillah, semua ini petunjuk dari Allah SWT sebab Allah sayang awak.
Dalam hantaran yang lain, Rita akui bahawa memang wujud sosok ibu yang mengajar dan menyokong anak membuat kesalahan. Malah menyebelahi anak walaupun tahu bahawa apa yang dilakukan anak itu adalah perbuatan yang tidak elok. Meskipun begitu, Rita tidak nama mengaitkan mana-mana individu.
Mak ajar anak buat jahat, mak sokong anak buat jahat. Mak backup anak yang buat jahat, bukan benda pelik pun. Mak ‘rosak’ ni memang dah ada sejak dulu kala.