Pelakon veteran, Ku Faridah atau lebih mesra disapa Mak Engku kini berada di hospital selepas mengalami kecederaan patah pada bahagian tulang leher selepas terjatuh dalam bilik air.
Jatuh bilik air
View this post on Instagram
Berita mengenai keadaan Mak Engku itu dikongsikan rakan artis, Sharifah Shahora yang datang melawatnya di Hospital Sungai Buloh.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sharifah berkongsi gambarnya melawat Mak Engku bersama pelakon, Datin Nina Juren dan pengarah, Hadith Omar.
Semoga Mak Engku diberikan kesembuahn (tulang leher patah jatuh bilik air).
Datin Nina Juren dan Hadith Omar datang terus mak sihat sikit.
Kepada yang nak melawat Mak Engku, dia berada di Hospital Sungai Buloh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terkejut dengan perkhabaran itu dan mereka mendoakan agar Mak Engku diberikan kesembuhan.