Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMak Mentua Saya Faham Industri Kerana Beliau Juga Seorang Pemain Industri -...

    Mak Mentua Saya Faham Industri Kerana Beliau Juga Seorang Pemain Industri – Elisya Sandha

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, pelakon Elisya Sandha menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara muat naik foto dan video seksi di media sosial.

    Berikutan daripada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata, dia berpenampilan sebegitu disebabkan tuntutan kerja semata-mata.

    Masih ada batas

    Menurut Elisya, penampilan seksi itu juga selari dengan konsep fotografi yang harus dipenuhi sebagaimana ditetapkan produksi untuk mempromosikan produk terbabit.

    Kenalah berani untuk tampil berbeza. Apatah lagi, ini untuk karier saya juga. Saya pun ingin cuba sesuatu yang berbeza dan mencabar diri. Jadi, sekali-sekala saya rasa memang perlu berani tampil sebegitu.

    Cuma, saya masih ada batas lagi untuk seksi itu. Tapi, ramai saja yang seksi kan. Lebih-lebih lagi, bagi tujuan promosi global. Jadi mestilah kena berbeza dan lebih berani.

    Disoal mengenai penerimaan ibu mentuanya, Sheila Rusly, Elisya memberitahu dia bersyukur mendapat keluarga mentua yang amat memahami tuntutan kerjanya sebagai selebriti.

    Mak mentua saya faham kerana dia juga pemain industri. Malah, sebelum kahwin dengan suami, Uzair Haqimy pun saya memang begini (penampilan diri), jadi itu bukan satu isu baharu.

    Sebenarnya, saya ada juga baca komen-komen yang ditulis netizen sampai terdetik dalam hati, mama (Sheila) kena marah ke? Tapi, bila fikir balik, saya kenal ibu mentua saya.

    Dia faham kerja saya dan seorang yang sangat terbuka. Saya juga bukanlah wanita yang selalu muncul dengan penampilan seksi. dan itu adalah atas tuntutan kerja untuk majalah saja.

    Suami saya pun tidak menegur hantaran yang dimuat naik itu. Cuma jika dia ada tegur, saya mesti akan padam dan ganti dengan hantaran foto yang baharu.

    Terdahulu, netizen mendakwa Elisya tidak sensitif dengan isu pergolakan dan kekejaman regim Zionis di Gaza, Palestin.

    ALSO READ:  Ini Langkah Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Jika Anak Korang Jadi Mangsa Serangan Seksual

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts