Masih merupakan lumrah apabila seseorang sudah mencecah usia separuh abad, kedutan di wajah dan fizikal yang mula terhad ekoran sakit sendi dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, terdapat selebriti tempatan yang sudah hampir berusia 60 tahun tetapi masih kelihatan awet muda tanpa sebarang garis usia di muka.
Bukan sahaja dari segi rupa, malah fizikalnya masih bertenaga dan mampu untuk menjadi teraju utama dalam filem atau bergerak lincah di atas pentas.
Amy atau pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi enggan tenggelam di sebalik pujian yang dilemparkan kepadanya.
“Alhamdulillah dengan pujian kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anak, namun sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kenyataan. Jangan perasan sangat, saya selalu ingatkan diri saya.
“Ini kerana, mak tetap mak, tak jauh lari dia. Walaupun sering menerima pujian, namun sebenarnya menjadi peringatan. Sila beringat!
Terdahulu Amy, 52, mencetuskan rasa kagum dikalangan peminat kerana dikatakan awet muda kerana wajahnya yang tidak makan usia.
Bukan itu saja, malah Amy juga kelihatan seperti adik-beradik dengan anak-anaknya yang kini meningkat dewasa.
Dia pernah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suami, Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan rata-rata peminat kagum kerana wajahnya kelihatan muda berbanding usia.
Amy juga pernah mendedahkan sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 23 tahun.
Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 22, dan Adalia, 19.