Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMak Wan Latah Merayu Untuk Diberi Tawaran Berlakon Semula, Mohon Dakwaan Menyihir...

    Mak Wan Latah Merayu Untuk Diberi Tawaran Berlakon Semula, Mohon Dakwaan Menyihir Orang Dilupakan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu bayaran pelakon veteran yang tidak setimpal dengan bakat dan pengalaman, malah, ada antara mereka mendakwa diperlekehkan syarikat produksi, memberi bayangan rendahnya nilai diberi segelintir penggerak industri kreatif terhadap insan seni ini.

    Betapa tinggi apresiasi pembikin filem Hollywood terhadap nilai seni dan bakat bintang ‘senior’ mereka jika dibandingkan dengan senario di Malaysia.

    Tidak hairanlah, isu bayaran tidak setimpal, layanan kelas kedua dan diugut syarikat produksi sering disuarakan pelakon veteran sejak dahulu lagi.

    Bukan sengaja mengada-adakan cerita atau meraih simpati, namun, situasi itulah yang dihadapi aktor senior berkaliber yang terpaksa berlawan dengan pelakon baharu di mana mereka mempunyai kelebihan kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai menerusi media sosial.

    “Saya tak tahu apa alasan tiada tawaran (berlakon). Cuma mungkin ada kaitan dengan kontroversi dulu. Tapi itu semua dah berlalu.

    “Saya tak nak ingat lagi itu semua. Yang berlalu biarkan berlalu. Sekarang ini saya kena mula semula hidup saya. Ibaratnya macam akaun bank dah mula kosong dan kena isi baru. Begitulah…,”.

    Demikian kata pelakon veteran Mak Wan Julia, atau lebih sinonim dengan panggilan Mak Wan Latah mengenai kehidupan terkininya sekarang.

    Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud berkata, seboleh mungkin dia cuba melupakan apa yang berlaku dalam hidupnya.

    “Nak kena bayar rumah, kereta semua kena bayar. Kalau tiada job macam mana? Saya pernah tanya, job kebanyakan orang yang sama dapat ‘back to back’. Yang muda dituakan,” katanya.

    Mak Wan mengakui timbul persoalan berkenaan nasibnya sedangkan dia sudah 24 tahun terbabit dalam lakonan sejak zaman HVD.

    “Yang sedihnya bila nak job, bila saya tanya produksi mereka beri alasan stesen. Ada yang nak tengok ‘follower’. Pengikut saya 60,000 tapi sebab kena godam dah kurang.

    “Saya pula segan nak minta job. kalau minta nanti, ada yang kata wajah saya ada saja di TV sedangkan itu yang lama-lama,” katanya.

    Menurutnya, dibandingkan dengan beberapa pelakon senior lain, tentulah mereka jadi pilihan dan dia diketepikan.

    “Saya bukan setanding mereka. Namun kita sama sahaja. Kita ini manusia, apa salahnya kongsi-kongsi. Ini bukan dengki tapi orang yang sama juga kelihatan di semua saluran.

    “Apa kisah pula dengan orang yang tiada tawaran ini,” katanya sebak.

    Mak Wan kini berniaga produk sambal, biskut dan beberapa produk lain untuk mencari pendapatan.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts