Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMakan Lauk Kenduri Sikit, Rahsia Che Ta Tubuh Ramping “Maintain 26 23...

    Makan Lauk Kenduri Sikit, Rahsia Che Ta Tubuh Ramping “Maintain 26 23 38”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali figura bernama Rozita Che Wan. Melihat penampilan yang kekal cantik dan langsing tidak menyangka sudah mempunyai tiga orang anak.

    Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelakon Kiah Pekasam ini kekal kurus dengan berat badan ideal walaupun sudah lanjut usia.

    Sentiasa kelihatan jelita dan ramping pada usia 50 tahun membuatkan penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta sentiasa dicemburui ramai.

    Namun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak lokek berkongsi rahsia penjagaan dalaman apatah lagi luarannya.

    Ini kerana setiap individu akan menunjukkan perubahan fizikal apabila berusia. Bagi wanita, perubahan bentuk badan ini lebih ketara.

    Disebabkan proses kelahiran anak, berat badan mula meningkat, badan lebih cepat terasa penat, kurang berdaya dan mungkin senang mendapat penyakit.

    Namun bagi sesetengah individu pula peningkatan usia tidak memberikan kesan ketara disebabkan beberapa faktor seperti amalan pemakanan .

    Sebab itu pentingnya penjagaan pemakanan. Semakin kita berumur, peningkatan berat badan akan terjadi sekiranya pola pemakanan masih sama seperti waktu muda.

    Disebabkan perubahan hormon, kadar metabolisme badan semakin menurun. Oleh itu, cara pemakanan perlu berubah dan bersesuaian dengan keadaan tubuh seseorang.

    Terbaharu, Che Ta menayang momen manis berpimpinan tangan dengan suami tercinta, Zain Saidin ke sebuah majlis kenduri.

    Kelihatan Zain sangat bangga mengiringi isteri jelita yang masih persis model sedang menggayakan busana bertemakan couture.

    Akui Che Ta dalam perkongsian video TikTok itu, kalau hadiri kenduri dia sekadar ‘raso-raso’, bukan makan sekawah.

    “Pergi kenduri tak boleh makan sampai sekawah, nanti ‘alignment’ lari.

    “Penat jaga badan, nak maintain 26 23 38 (saiz ukur lilit tubuh) sampai usia 50 tahun bukan senang cik oi,” katanya dalam video tersebut.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts