Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMakin Ramai Sanggup Buka Tudung Hanya Untuk Tampak Lebih Cantik, Noorkhiriah Akui...

    Makin Ramai Sanggup Buka Tudung Hanya Untuk Tampak Lebih Cantik, Noorkhiriah Akui Sedih Lihat ‘Trend’ Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masih lagi berlarutan tentang isu buka tudung di semua ruangan media sosial.

    Isu ini menjadi perhatian ramai oleh kerana bukan lah sesuatu yang kecil terutama sekali bila ada selebriti yang membuka hijab mereka semula.

    Seperti yang kita ketahui, menutup aurat adalah perkara yang wajib buat umat islam dan memakai hijab itu juga adalah wajib.

    Berbincang soal ini baru-baru ini dramatis popular, Noorkhiriah mengakui terusik hati dan tidak dapat mendiamkan rasa sedih apabila melihat trend ‘tudung terbang’ dalam kalangan segelintir selebriti wanita tempatan yang semakin menjadi-jadi.

    Tiada niat berlagak alim, pelakon berusia 46 tahun itu berpendapat perkara tersebut mungkin berlaku disebabkan ada yang berlumba-lumba untuk kelihatan lebih cantik dalam media sosial.

    “Bukan tugas untuk menilai sebab saya juga masih jahil cuma pada zaman media sosial ini, semua berlumba untuk cantik.

    “Seboleh-bolehnya hati kena kental. Kalau tidak, kita tak akan pernah bersyukur dengan apa yang ada,” katanya dalam Instagram.

    Dia juga mengakui sedih melihat beberapa selebriti yang memilih untuk tidak lagi berhijab ketika ini.

    “Sedih juga apabila semakin ramai buka tudung tetapi itu adalah pilihan masing-masing.

    “Saya cuma berdoa dan berharap semoga yang sudah tua ini tidak didiga sebegitu. Tiada apa yang hendak di kepok-kepokkan lagi.

    “Cuma pesanan, apabila sudah puas memakai baju belahan dada (seksi), berdoalah semoga kembali ke pintu hidayah yang pernah dapat sebelum ini,” ujarnya.

    Pelakon drama Nur itu turut berdoa agar mereka yang membuka tudung kembali ke pangkal jalan sebelum menerima balasan buruk daripada Tuhan.

    Katanya, pesanan tersebut dititipkan sebagai melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

    “Apabila Allah SWT sudah beri petunjuk dan hidayah, peganglah kemas-kemas sebab bukan semua orang boleh memilikinya.

    “Jangan sampai Allah murka, buruk padahnya. Ini berdasarkan hidup saya yang berdosa, rupa-rupanya pelbagai perkara kena jaga dalam hidup, bukan hanya tentang aurat

    “Jangan sampai Allah tarik nikmat. Maaf andai tulisan saya menggores hati tetapi ini sebagai saudara sesama Islam dan tanggungjawab saya supaya apabila ditanya Allah. Sekurang-kurangnya saya sudah berpesan di sini,” katanya lagi.

    Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air kecoh dengan beberapa selebriti wanita yang memilih untuk tidak bertudung seperti Alya Iman dan Masya Masyitah.

    ALSO READ:  [VIDEO] Selepas Undur Diri Dari DOLLA, Syasya Kini Tampil Bertudung?

    Perkara tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai yang berpendapat mereka seperti mempermainkan agama.



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts