Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMakna Saya Tak Bersyukur Kerana Tempat Ketiga di #AJL38 Menyumbang Ulasan Aina...

    Makna Saya Tak Bersyukur Kerana Tempat Ketiga di #AJL38 Menyumbang Ulasan Aina Abdul

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Aina AbdulAina Abdul

    Penyanyi dan komposer Aina Abdul enggan mendedahkan kos keseluruhan yang telah dilaburkan pada persembahannya menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu di pentas kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).

    Enggan dedah kos

    Aina AbdulAina Abdul

    Ketika ditemui , Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani bagaimanapun bersyukur apabila ada pihak yang membantu dan permudahkan segala urusannya.

    Saya tidak mahu mendedahkan berapa kos yang habis untuk AJL kali ini. Saya bersyukur ada pihak yang membantu untuk menyiapkan saya dan persembahan Jangan Mati Rasa Itu berlaku bukan kerana saya seorang, tetapi kerja kerasa satu kapal.

    Seramai 80 orang pasukan saya yang bersama-sama bagi projek kali ini dan semua bekerjasama agar persembahan Jangan Mati Rasa Itu di AJL 38 berjalan dengan lancar.

    Aina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AJL 38 yang berlangsung di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Ahad.

    Dalam pada itu, disoal adakah dia berasa sedih sekadar menduduki tempat ketiga, Aina menjawab dia bersyukur dengan keputusan juri.

    AJL 38 adalah satu celebration dan AJL kali ini yang akan paling saya ingat sampai bila-bila. Nak cakap saya sedih mendapat tempat ketiga maksudnya saya tak bersyukur. Malah itu akan mengetepikan tujuan asal saya menulis lagu tersebut. Jadi saya suka semua lagu yang bertanding pada edisi kali ini, setiap lagu ada kelebihan masing-masing.

    Terdahulu, lagu Hasrat nyanyian Amir Jahari diumumkan sebagai juara AJL 38 sekali gus membawa pulang trofi dan wang kemenangan berjumlah RM100,000.

    Dalam pada itu, lagu Sutera nyanyian Aisha Retno diangkat sebagai naib jura dan berjaya membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000. Aisha juga diumumkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.

    ALSO READ:  [VIDEO] Rozie Othman Kecewa Syasya Keluar Dolla, Dedah Cucu Akan Sambung Belajar Ke Luar Negara Bersama Suami

    Menduduki tempat ketiga pula adalah lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul, sekali gus menerima wang tunai RM30,000 berserta trofi. Aina turut membawa pulang trofi Vokal Terbaik dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts