Allahyarham Muhammad Kamaruzzaman Bin Zamahari yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 12 Oktober lalu dikatakan sempat meninggalkan satu nota sebelum pemergiannya.
‘Malaikat Memanggilmu’
Menerusi hantaran di Facebook kakak Allahyarham iaitu Naa Zamm mengatakan bahawa arwah seakan memberi petanda bahawa bakal ‘pergi’ apabila menulis nota di atas satu botol kaca yang ditinggalkan di bilik tidurnya.
Tulisan terakhir arwah sebelum lapor cuti hujung minggu selama tiga hari. ‘Malaikat memanggilmu’, Allahuakbar, macam tahu dia nak pergi. Dia tinggalkan tulisan tu dekat bilik.
Menurut wanita ini, arwah yang juga seorang tentera bersama dua lagi rakan dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Allah sayang kau, Allah pinjamkan kau dengan kami hanya 20 tahun. Walaupun tak kuat, saya tetap cuba untuk reda dengan kesan kau tinggalkan. Dengan muka yang tenang kau pergi, seolah sedang tidur.
Anak yang soleh, manja dengan mak, abah, abang dan kakak. Baik hati, penyayang, kuat menyakat.
Dalam pada itu, wanita ini menitipkan doa agar arwah adiknya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.