Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMalaysia Adalah Destinasi Ketiga Paling Popular Sempena Tahun Baru Cina

    Malaysia Adalah Destinasi Ketiga Paling Popular Sempena Tahun Baru Cina

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Platform pelancongan digital, Agoda telah mengumumkan Malaysia sebagai salah satu daripada tiga destinasi paling popular untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

    Menduduki Tempat Ketiga

    via Agoda

    Berdasarkan data tempahan Agoda, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Jepun dan Thailand.

    Selain itu, Bangkok muncul sebagai destinasi bandar antarabangsa yang paling digemari untuk salah satu musim perayaan terbesar di rantau ini pada tahun ini.

    Data tempahan Agoda menunjukkan jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Malaysia adalah dari Singapura, Brunei, China, Indonesia, dan Korea Selatan.

    Ini juga menandakan kembalinya China sebagai pasaran sumber lima teratas buat kali pertama sejak 2019.

    Senarai 5 Destinasi Paling Popular

    via Agoda

    Lima destinasi yang paling popular dikunjungi di Malaysia adalah Kuala Lumpur yang menjadi pilihan kegemaran pelancong antarabangsa, diikuti oleh Johor Bahru, Kota Kinabalu, Melaka dan Pulau Pinang.

    Walaupun Tahun Baru Cina disambut secara rasmi pada hari Sabtu 10 Februari 2024, cuti perayaan ini dilanjutkan menjadi hujung minggu yang panjang di banyak pasaran di seluruh Asia dan sambutan sepanjang minggu untuk China, Jepun (Cuti Musim Bunga) dan Vietnam (Tet).

    Percutian ini, secara tradisinya merupakan salah satu musim kemuncak perjalanan bagi pelancong dari negara China.

    China Kembali Menjadi Daya Saing

    via Agoda

    Buat pertama kali sejak 2019, China kembali berdaya-saing, menduduki tempat ketiga secara keseluruhan sebagai sumber pelancong, termasuk mendapat tempat dalam senarai lima teratas untuk jumlah ketibaan pelancong tertinggi ke Malaysia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

    Para pelancong Malaysia juga gemar meneroka pelbagai destinasi luar negara, dengan Thailand, Indonesia, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan menjadi pilihan utama.

    Antara destinasi antarabangsa yang menjadi pilihan pelancong Malaysia ialah tiga destinasi serangkai di Thailand – Hat Yai, Bangkok, dan Krabi di kedudukan tiga teratas. Bali dan Seoul mengekori rapat dalam senarai destinasi pilihan tersebut.

    ALSO READ:  Nikmati Pengembaraan Yang Tidak Dapat Dilupakan “Fairy-Tale Picnic In The Park” Di Suria KLCC!

    Platform Agoda yang menawarkan lebih 3.9 juta tempat penginapan, penerbangan, dan aktiviti pelancongan merupakan platform paling ideal untuk memenuhi pelbagai keperluan percutian dan memberikan perjalanan yang lancar bagi menyambut Tahun Baru Cina, sama ada di dalam atau luar Malaysia.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts