Malaysia Airlines mengajak para pelancong untuk menikmati penjimatan hebat dengan diskaun sehingga 15 peratus di semua laluan menerusi pembelian terus di laman web rasmi Malaysia Airlines.
Diskaun 15%
Mulai sekarang hingga 2 Disember 2024, rebut peluang untuk mendapatkan tawaran dalam talian ini dan tempah perjalanan anda bermula sekarang hingga 31 Oktober 2025. Tawaran hebat ini sekali gus menjadikan peluang terbaik untuk merancang pengembaraan anda pada tahun baharu.
Dengan pelancaran kempen global terbaharu iaitu ‘MH Online Specials’, Malaysia Airlines menggalakkan pelancong untuk beralih ke digital dan memulakan pengembaraan dengan ciri tempahan lebih baik yang tersedia di laman web dan aplikasi mudah alih.
Dengan membuat tempahan secara langsung, pelancong akan menikmati pengalaman perjalanan yang lebih peribadi dan lancar bermula daripada memilih tempat duduk kegemaran hingga ke pra-tempahan makanan pilihan.
Pelancong juga boleh menikmati fleksibiliti di hujung jari dengan pilihan pembatalan percuma dan penjadualan semula secara percuma sekali gus memberi kawalan penuh terhadap rancangan perjalanan.
‘MH Young Explorers Club’
Selain itu, keluarga juga boleh memanfaatkan diskaun khas untuk kanak-kanak, menjadikan perjalanan keluarga lebih berpatutan untuk mencipta kenangan indah bersama.
Malaysia Airlines baru-baru ini, melancarkan ‘MH Young Explorers Club’ yang menawarkan pelbagai keistimewaan eksklusif untuk pelancong muda berusia 12 tahun dan ke bawah.
Antara keistimewaan tersebut termasuk kaunter daftar masuk khas, keutamaan semasa proses menaiki pesawat untuk keluarga, serta menu kanak-kanak yang disediakan dengan penuh perhatian yang boleh dinikmati di dalam pesawat dan juga di Golden Lounges di Terminal 1 KLIA.
Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran, berkata, pelancong akan menikmati banyak tawaran menarik melalui kempen yang dilancarkan.
Strategi digital kami dibina dengan tujuan untuk memberi kuasa kepada pelanggan dalam mengawal pengalaman perjalanan mereka.
Melalui kempen ini, kami menggalakkan pelancong untuk membeli tiket terus melalui laman web atau aplikasi kami dan meraih manfaatnya sambil menikmati fleksibiliti yang tiada tandingan.
Ini selaras dengan usaha kami untuk memastikan perjalanan yang lancar dan mengukuhkan Malaysia Airlines sebagai pilihan utama untuk perjalanan, sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya.
Teroka bersama Malaysia Airlines
Dengan destinasi di seluruh rangkaian Malaysia Airlines sebagai pintu masuk ke Asia dan lebih jauh lagi, penumpang boleh meneroka bandar-bandar yang meriah, pemandangan yang menakjubkan dan penemuan yang tenang sambil menikmati keselesaan serta kemudahan di atas pesawat dengan Hospitaliti Malaysia.
Bagi mereka yang mencari kemewahan dan keselesaan dalam perjalanan mereka, tambang Kelas Perniagaan Malaysia Airlines menawarkan pengalaman perjalanan yang tiada tandingan dengan keistimewaan seperti 40kg had bagasi daftar masuk, dua 7kg had bagasi kabin dan pemilihan tempat duduk percuma tanpa kos tambahan.
Dengan layanan keutamaan sepanjang proses daftar masuk, menaiki pesawat dan pengambilan bagasi, serta akses eksklusif ke Golden Lounges di KLIA Terminal 1 dan Perkhidmatan Pemindahan Terminal Persendirian, setiap aspek perjalanan dirancang untuk keselesaan dan kemudahan.
Kempen ini akan berakhir pada 2 Disember 2024, namun tawaran terbaik masih boleh didapati melalui laman web Malaysia Airlines atau melalui rakan perdagangan yang dilantik oleh Malaysia Airlines bagi memastikan pelancong mempunyai fleksibiliti dan pilihan dalam merancang perjalanan seterusnya.
Untuk info, tempoh perjalanan bermula 25 November 2024 adalah Hong Kong,China,ASEAN dan Malaysia Semenanjung sahaja, manakala bermula 1 Januari 2025 untuk semua destinasi.