Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMalaysia Berada Di Kedudukan Ke-5 Destinasi Syurga Makanan Paling Popular Di Asia

    Malaysia Berada Di Kedudukan Ke-5 Destinasi Syurga Makanan Paling Popular Di Asia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Makanan adalah untuk dicuba, dirasai dan dinikmati dan bukanlah hanya terhad untuk kelangsungan hidup sahaja, dan sudah pastinya  tempat yang paling ideal untuk menikmati sesuatu makanan adalah tempat asalnya makanan tersebut.

    Agoda Keluarkan Data Syurga Makanan

    via Agoda

    Platform pelancongan digital Agoda telah mengumumkan senarai destinasi syurga  makanan di Asia yang paling popular, dan Korea Selatan telah muncul sebagai juara syurga makanan dalam kalangan pelancong.

    Melalui perkongsian kepada Agoda, tidak kurang daripada 64% pelancong ke Korea Selatan menyatakan sebab utama mereka ke negara tersebut adalah disebabkan makanannya.

    Negara yang terkenal dengan kimchi, barbeku Korea dan ayam goreng tersebut diikuti oleh Taiwan (62%), Thailand (55%), Jepun (52%), dan Malaysia (49%).

    Tinjauan Agoda ini melibatkan lebih 4,000 pengguna Agoda setelah mereka melengkapkan tempahan ke destinasi percutian mereka di pelbagai negara pasaran Agoda.

    Ada sesetengah pelancong yang merasa terlalu teruja sehingga mereka menempah restoran di luar negara sebelum mendapatkan tiket penerbangan mereka.

    Data tinjauan menunjukkan bahawa para pelancong mencari destinasi untuk menikmati makanan dan tradisi tempatan, bukan hanya bersiar-siar.

    Pelbagai Keunikan Cita Rasa Malaysia

    via Agoda

    Keunikan cita rasa pelbagai masakan Malaysia mencerminkan warisan budaya masyarakat majmuk ini.

    Di Kuala Lumpur, anda boleh mendapatkan Nasi Lemak dengan pelbagai jenis lauk yang berbeza, dari Nasi Lemak Bungkus yang biasa sehinggalah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah.

    Pulau Pinang pula terkenal dengan makanan gerai tepi jalan yang klasik seperti Char Kway Teow, Mee Hokkien dan Cendol.

    Di Kota Kinabalu, anda harus mencuba hidangan tempatan yang segar seperti Hinava (salad ikan mentah) dan Mee Tuaran.

    Di Kuching, jangan ketinggalan untuk menikmati Manok Pansoh, hidangan ayam tradisional Iban yang dimasak dalam buluh dengan campuran herba.

    ALSO READ:  5 Selebriti Yang Berbaju Sedondon Raya Pertama!

    Pelancong dari Malaysia turut menyatakan makanan sebagai faktor pendorong untuk bercuti sering berkunjung ke negara Thailand, diikuti oleh Indonesia dan Taiwan.

    Malaysia pula, sering dikunjungi oleh pencinta makanan dari Singapura.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts