Baru-baru ini, telah berlangsung konsert 2024 Kim Sung Kyu [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur yang diadakan selama 2 hari berturut-turut yang dianjurkan oleh D-SHOW dengan Offbeat dan 43 sebagai Promoter. Acara tersebut telah dijayakan pada sabtu dan ahad lepas di Zepp Kuala Lumpur.
Semasa Sung Kyu muncul di atas pentas, dia disambut dengan jeritan dari INSPIRIT (peminat setia kumpulan INFINITE). Setelah menampilkan tiga lagu pembukaan, dia menyapa para peminat dalam Bahasa Malaysia, sambil berkata: “Apa khabar semua, saya Kim Sung Kyu!”
Untuk pengetahuan, konsert ini merupakan konsert solo sulung Sung Kyu di Malaysia, dia sempat berkongsi: “Sudah lama sejak INFINITE mengadakan persembahan di Malaysia beberapa tahun lalu, saya amat gembira akhirnya dapat bertemu peminat saya semula!” Dia juga berkongsi bahawa dia mempunyai malam yang tenang sebelum pertunjukan serta sempat mencuba makanan wajib di sini, Nasi Lemak.
Selesai sahaja dia mempersembahkan lagu solo pertamanya, “41th”, peminat teruja mengatakan “Kami sukakan lagu ini!” Dia berterusan memukau para peminat dengan bakat dan juga daya tarikannya serta menghiburkan INSPIRIT dengan hits lain iaitu “Climax”, “It Will Be”, “Jump”, “Go Again”, “Kontrol” dan “Sorry”.
View this post on Instagram
Semasa Sung Kyu menyanyi lagu “Small Talk” dan “60sec”, peminat menyertai korus dua lagu ini, mendorong dia memuji mereka, sambil berkata, “Saya berasa sangat terkejut kerana anda semua menyanyi dengan baik!” Sebagai tindak balas, peminat dengan bangganya berseru, “Malaysia Boleh!”. Kim Sung Kyu telah membawakan sebanyak 23 buah lagu termasuk lagu-lagu popularnya itu sebagai hadiah buat peminat setia yang hadir ke konsert tersebut.
Sung Kyu, berlakon dalam beberapa muzikal, bertanya peminat sama ada mereka telah melihat persembahannya, beberapa peminat terus menjawab, “Ya!” turut mengatakan bahawa mereka turut pergi ke Korea Selatan semata-mata untuk menyokongnya.
Apabila peminat berulang kali meminta INFINITE untuk membuat persembahan di Malaysia, janjinya untuk kembali ke Kuala Lumpur bersama kumpulan itu mencetuskan sorakan penuh semangat dari peminat.
Sebaik sahaja Sung Kyu mengumumkan, “Ini adalah lagu terakhir untuk hari ini,” peminat membalas dengan teriakan “Tidak!” Dengan emosi yang mendalam, dia berkata, “Sudah lebih 10 tahun sejak kali terakhir saya datang ke Malaysia, tetapi anda tahu, saya sentiasa bersama anda. Begitu banyak berlaku dalam 10 tahun ini – saya menangis dan ketawa. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya. I love you!” Konsert itu diakhiri dengan lagu encore “Kontrol”, “My Everyday Is You”, “답가” dan “끌림”.
Apa-apa pun, semoga Kim Sung Kyu akan memilih Malaysia lagi sebagai destinasi konsert jelajahnya pada masa akan datang!