Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Malaysia Kita Roadshow’ Satukan Masyarakat & Muzik

    ‘Malaysia Kita Roadshow’ Satukan Masyarakat & Muzik

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hari Malaysia sememangnya menjadi detik bersejarah dan terpenting buat seluruh rakyat negara ini. Tarikh 16 September akan terus teguh dalam ingatan bagi meraikan kemajmukan dan perpaduan kita kecapi.

    Universal Music Malaysia (UMM) dengan kerjasama Sunway Putra Mall, HotFM dan FlyFM (rakan radio), serta Pop Meals (rakan makanan dan minuman) tidak ketinggalan menyambut hari bersejarah itu dengan sambutan Malaysia Kita Roadshow.

    Berlangsung selama dua hari

    Berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 September, jam 10 pagi hingga 10 malam, di Main Concourse, GF, Sunway Putra Mall, pelbagai aktiviti menarik dijalankan termasuk acara utama iaitu showcase lebih 30 artis tempatan terkemuka. Lebih istimewa, penghibur yang beraksi digabungkan dari label rakaman berbeza iaitu UMM sendiri, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music, dan Alternate Records.

    Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menyifatkan usaha menggabungkan artis dari pelbagai latar belakang untuk showcase terbabit adalah pendekatan unik. Ia menjadi bukti betapa indahnya Malaysia kerana kaya dengan nilai majmuknya.

    Malaysia Kita Roadshow adalah kombinasi unik artis serta penghibur yang ditampilkan di acara hebat selama dua hari itu bagi meraikan Hari Malaysia serta pamer kemajmukan mengagumkan dalam negara kita.

    Kami sedari nadi sebenar Malaysia adalah rakyatnya dan muzik satukan kita semua. Acara cukup bermakna di Sunway Putra Mall iaitu rakan kerjasama kami sanjungi itu adalah aktiviti ideal untuk dinikmati sempena cuti hujung minggu yang panjang ini. Barisan bakat hebat naungan UMM, Def Jam Malaysia, Faithful Music, RUSA Music, dan Alternate Records akan ditampilkan.

    Ada sesi ramah mesra

    Menurut Pengarah Kanan, A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng pula berkata, Malaysia Kita Showcase membawa makna yang cukup besar dan mendalam. Khususnya buat industri hiburan tempatan bagi sama-sama menjulang muzik sebagai wadah menyatupadukan rakyat kita.

    Menjelang Hari Malaysia, keluarga Universal Music Malaysia sangat teruja untuk kongsikan muzik kami kepada ramai. Kami mengadakan khusus showcase istimewa untuk menyatukan dan meraikan kesungguhan kami terhadap muzik bersama barisan artis hebat kami.

    ALSO READ:  PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts