Syarikat penganjur konsert terkemuka tanah air, Kharisma Music sekali lagi mempersembahkan sebuah pengalaman muzik yang luar biasa, band jazz dan soul terkenal Indonesia, MALIQ & D’Essentials dalam sebuah konsert digelar ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’ pada 29 Disember 2024 ini, bertempat di Megastar Arena, KL bermula jam 8:00 malam.
“Kharisma Music telah terbang ke Jakarta bagi mendapatkan hak eksklusif untuk mengadakan konsert MALIQ & D’Essentials di Kuala Lumpur buat peminatnya di Malaysia,” kata En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music.
Band yang mula ditubuhkan pada 15 Mei 2002 ini buat pertama kalinya mengadakan konsert secara besar-besaran di dua buah negara, Indonesia dan Malaysia dalam siri jelajah mempromosikan album terbaharu mereka berjudul ‘Can Machines Fall In Love?’ (CMFIL?) yang dilancarkan pada bulan Mei lalu.
View this post on Instagram
Ini merupakan album ke-9 band tersebut setelah 22 tahun berada dalam industri muzik. Dianggotai Angga Puradiredja, Indah Wisnuwardhana, Widi Puradiredja, Jawa, Lale dan Ilman Ibrahim, mereka teruja untuk mengadakan konsert di beberapa provinsi di Indonesia, dan yang terakhir di Malaysia.
Konsert ini bukan hanya tentang menyanyikan lagu-lagu viral seperti ‘Kita Bikin Romantis’, ‘Aduh’ atau ‘Begini Begitu’, bahkan lebih dari itu di mana MALIQ & D’Essentials dapat berinteraksi secara langsung dengan peminat-peminat mereka untuk meraikan pencapaian dalam berkarya dua dekad lamanya.
Tiket-tiket ke konsert ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’ sudah pun mula dijual pada 3 September 2024 lalu di laman web www.ticket2u.com/maliq&d’essentials dan terbahagi dalam beberapa kategori:
- Begini [Standing] – RM288
- Begitu [Standing] – RM188
- Kita Bikin Romantis [Seated] – RM338
- Aduh [Seated] – RM258
- Meet & Greet [Add-On] – RM298
Jangan lepaskan peluang!