Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMalu Merangkak-Rangkak Dalam Membaca Al-Quran, Lisa Surihani Rasa Rendah Diri Apabila Ditawar...

    Malu Merangkak-Rangkak Dalam Membaca Al-Quran, Lisa Surihani Rasa Rendah Diri Apabila Ditawar Program Tadarus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Fasih dan mampu membaca al-Quran dengan lancar antara nikmat dan anugerah Allah yang cukup besar.

    Namun, bagi individu yang tidak fasih dan masih bertatih mengaji al-Quran, anda tidak perlu malu kerana masih belum terlewat untuk mempelajarinya.

    Sebagai umat Islam, kita wajib mempelajari al-Quran dan Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang besar buat hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha mempelajarinya.

    IKLAN

    Ya, barangkali perasaan itu terbit kerana sifat rendah diri mereka yang buta huruf, merangkak-rangkak mahupun tidak fasih dalam soal hukum tajwid.

    Namun, ketahuilah itu hanya pandangan kita semata-mata. Hakikatnya tanggapan itu hanya akan merugikan diri. Walhal, ALLAH SWT telah menjanjikan ganjaran buat hamba-hamba-NYA yang tidak lancar membaca al-Quran, tetapi masih berusaha mempelajarinya.

    Bercakap soal ini, kurang yakin dengan bacaan ketika mengaji, itu antara alasan yang diberi pelakon Datin Lisa Surihani apabila ditawarkan untuk terlibat dalam sebuah program tadarus al-Quran.

    Bagaimanapun, bagi menangani segala kerunsingan tersebut Lisa atau nama penuhnya Lisa Surihani Mohamed, 37 tahun mengambil pelbagai inisiatif dengan menyertai pelbagai kelas mengaji termasuk usaha melawan masalah pelat huruf R.

    “Beberapa kali dipelawa untuk terlibat dalam program tadarus al-Quran tetapi saya selalu menolak dengan baik sebab terfikir cara bacaan agak merangkak, segan dan banyak lagi alasan diberi.

    “Sementara itu, saya pasang niat supaya hubungan dengan al-Quran diperbaiki lagi. Saya cuba sertai kumpulan tadarus bersama qariah kejiranan kawasan perumahan, mengaji online dan mendaftar kelas tajwid serta tadabbur.

    “Subhanallah memang sukar ditambah pula dengan pelat sebutan huruf R. Syukur saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan,” katanya dalam Instagram.

    Pelakon itu turut berpendapat tidak mengapa bacaan kurang sempurna namun sekurang-kurangnya mempunyai usaha untuk menjadikan al-Quran sebagai sahabat baik.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Urus Jenazah Ayah Sampai Ke Liang Lahad – ‘Let Me Send You Home For The Last Time’

    “Sekiranya penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang lalui kesukaran seperti saya untuk jadikan al-Quran kawan baik mereka, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu utk mereka dan permudah usaha mereka,” jelasnya.

    Ujarnya lagi, setiap individu juga tidak perlu terlampau memikikan pandangan negatif orang ramai sekiranya bacaan al-Quran masih kurang mahir.

    Bahkan, meskipun seseorang itu sudah fasih membaca al-Quran, kita tetap perlu belajar atau berguru kerana masih banyak intipati tersirat yang boleh diteroka.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts