Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Mama Pernah Cakap Nak Selesaikan Isu Tanah Ini Sebelum Dia Meninggal Dunia’...

    ‘Mama Pernah Cakap Nak Selesaikan Isu Tanah Ini Sebelum Dia Meninggal Dunia’ – Amar Baharin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Amar Baharin akui sudah melakukan pelbagai usaha dan cara bagi menyelesaikan masalah pertindihan tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih.

    ‘Saya usaha dapatkan semula kami kami’

    Ketika ditemui di Rumah Terbuka Global Station Sdn Bhd, Amar atau nama lengkapnya Amar Mohd Baharin berkata, sudah lebih daripada 10 tahun dia dan ibunya, Norhayati Abd Aziz bersabar menanti penyelesaian daripada pihak berkaitan namun tiada tindakan selanjutnya.

    Satu tanah ibu Amar ada dua geran nama yang berbeza. Persoalan ni dah lama, lebih kurang 10 hingga 12 tahun tapi isu tu tak selesai. Ibu saya dapat tahu sejak masalah ini sejak 2011. Mereka menjanjikan untuk menggantikan tanah yang baru sejak 2014. Sekarang dah 2024.

    Bagi saya 10 tahun itu terlalu lama untuk mereka buat keputusan untuk memberi tanah yang baru. Jadi disebabkan itu saya kongsi dan war-warkan di media sosial dan hasilnya kerja mereka jadi cepat dan laju.

    Sementara itu, Amar menjelaskan dia terpaksa berkeras untuk menyelesaikan kemelut ini kerana ingin menunaikan hasrat ibunya yang meminta isu tersebut diselesaikan sebelum dia meninggal dunia.

    Mama pernah beritahu kalau boleh dia nak selesaikan isu ini sebelum meninggal dunia. Jadi perkara itu sangat menyentuh hati saya. Saya akan cuba berusaha untuk mendapatkan semula hak kami.

    Saya buat ini semua hanya untuk gembirakan ibu saya. Dia selalu suarakan tentang hal ini, jadi saya sebagai anak kesian melihat dia. Ayah saya baru meninggal dunia tahun lepas. Ibu dan ayah berusaha untuk menyelesaikan isu ini sudah terlalu lama.

    Amar bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung kenyataan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor yang menjanjikan pemilikan tanah lot baharu bagi menggantikan pertindihan tanah berkenaan.

    Berita terbaharu info yang saya dapat, PTG beritahu mereka sudah ada tanah yang sesuai untuk digantikan.

    Ini satu berita yang menggembirakan tetapi saya tidak boleh kongsikan lebih lanjut kerana belum ada hitam putih.

    Amar Baharin sebelum ini dilaporkan menuntut penjelasan PTG Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih dikesan dikeluarkan geran kepada orang lain secara tidak sah.

    ALSO READ:  ‘Kalau Nak Keluar Bagitahu, Bagi Ayah Atau Abang Teman Adik’

    Pelakon berkenaan turut mempersoalkan pihak yang meluluskan geran kedua untuk individu lain selain bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa sedangkan cukai tanah dibayar oleh ibunya.

    Rabu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan isu membabitkan tanah milik keluarga Amar Baharin di Semenyih bukan kes pertama di Negeri ini.

    Beliau berkata, siasatan mendapati terdapat beberapa kes seumpama itu berlaku berikutan sistem perekodan dilaksanakan secara manual sebelum ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts