Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 9, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMamak Puteh Imbas Peristiwa Terima Berita Kematian Bapa Mentua – ‘Aku Tengok...

    Mamak Puteh Imbas Peristiwa Terima Berita Kematian Bapa Mentua – ‘Aku Tengok Handphone, 300 Panggilan Tak Terjawab’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mamak PutehMamak Puteh

    Pelawak Mamak Puteh mengimbau kembali detik sedih ketika menerima berita kematian arwah bapa mentuanya.

    Bapa mentua meninggal dunia

    Mamak PutehMamak Puteh

    Mamak atau nama sebenar Mohamad Ikhtiarudin Naina Mohamad, 40, mengakui pemergian arwah memberi kesan kepada kehidupannya hingga kini.

    Ada satu benda yang aku trauma dalam Raja Lawak ini, sepanjang perjalanan banyak dugaan yang aku rasa.

    Aku kehilangan bapa mentua aku. Sampai satu tahap aku fikir, fasal apa benda ini tuhan bagi aku jadi macam ini ya. Kau bayangkan waktu bapa mentua aku meninggal 5 pagi.

    Masa itu, aku kerja radio waktu malam, bini aku kerja balik pukul 3 pagi. Aku dah habis radio kul 12, aku ambil dia dekat Taman Melawati.

    Mamak berkongsi mengenai perkara itu menerusi podcast di TikTok Inspirasi MY.

    300 missed call

    Mamak PutehMamak Puteh

    Memilih untuk cas telefon bimbit di luar bilik, Mamak tidak menyangka tindakannya itu membawa padah kerana tidak menyedari panggilan dan mesej yang memaklumkan tentang bapa mentuannya.

    Balik rumah, saja letak handphone dekat luar untuk cas. Pukul 10 pagi ada orang ketuk pintu rumah ‘aku polis’. Aku buka terkejut, polis bagi satu nama bini aku tapi bukan nama bini aku.

    Polis itu cakap bapa dia meninggal. Tapi aku cakap bukan nama bini aku. Polis itu pun cari tempat lain. Aku terfikir juga kenapa polis datang rumah aku. Aku tengok handphone, ada 300 panggilan tak terjawab.

    Ada mesej berlambak-lambak, buka mesej bapa mentua aku meninggal. 10 pagi baru aku tahu, bapa mentua meninggal 5 pagi atas sampan.

    Bagaimanapun hasrat Mamak agar isterinya dapat bertemu dengan bapanya buat kali terakhir tidak kesampaian.

    Bila dapat tahu, harapan aku satu saja, nak bagi jumpa bini aku dengan bapa dia. Bini aku ada dalam bilik, aku hanya minta dia tengok mesej. Dalam kepala otak aku adalah satu saja impian.

    Ya Allah kalau aku tak dapat tengok tak apa, bagi bini aku saja. Aku sampai tak dapat. Sejak perkara itu, sampai sekarang ini, aku tak pernah tinggalkan telefon sentiasa ada sebelah.

    ALSO READ:  Norreen Iman Sebak Dapat Tunai Umrah-“Aku Cuba Untuk Tidak Menangis Tapi…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts