Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMamat Dedah Pernah Suka Arwah Siti Sarah – ‘Saya Dapat Nombor Telefon...

    Mamat Dedah Pernah Suka Arwah Siti Sarah – ‘Saya Dapat Nombor Telefon Dia, Nak Ajak Dating’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mamat SepahMamat Sepah

    Pelawak dan pelakon Mamat Sepah mendedahkan pernah mempunyai perasaan suka terhadap Allahyarham penyanyi Siti Sarah.

    ‘Ajak dating’

    Mamat SepahMamat Sepah

    Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 38, berkata, perasaan itu timbul sewaktu pertama kali bekerjasama dengan Sarah ketika mereka menjayakan sebuah program.

    Bagaimanapun, arwah ketika itu menunjukkan minat kepada Shuib disebabkan sikapnya yang baik.

    Waktu itu kumpulan Sepah ada buat sitkom dan salah seorang artis undangan adalah Siti Sarah. Habis kerja, saya sempat minta no telefon dia, kononnya nanti boleh ajak lepak minum.

    Lepas dapat nombor telefon saya berangan memang dapat keluar dating dengan dia. Waktu mesej dengan arwah, tiba-tiba dia puji fasal Shuib. Dia kata ‘Mamat, Shuib itu baik budaknya’.

    Beberapa hari selepas itu, kekasih saya baca mesej tersebut dan beritahu kepada pengurus Shuib kemudian maklumkan kepada Shuib.

    Tak lama lepas itu, Shuib minta nombor Sarah pada saya. Rupanya Shuib pun memang suka juga dekat Sarah, dia tahu saya bermesej dengan Sarah.

    Mamat mendedahkan perkara itu menerusi saluran podcast Dol’s Podcast yang dihoskan oleh Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan.

    Satukan cinta Shuib, Sarah

    Mamat SepahMamat Sepah

    Dalam saluran sama, Mamat akui dia menjadi individu yang menyatukan cinta Shuib dan Sarah sehingga mereka mengikat tali pertunangan seterusnya berkahwin.

    Saya fikir Sarah tak layan Shuib, tahu-tahu beberapa bulan selepas kejadian minta nombor itu, mereka bertunang.

    Ramai juga yang tanya betul ke saya punca Sarah dan Shuib bercinta, memang iya.

    Semenatara itu, Shuib akui selesa berkawan dengan Sarah sejak awak perkenalan.

    Selepas dapat je nombor telefon Sarah, saya mesej dia dan kami bercakap dalam telefon berjam-jam. Padahal itu pertama kali borak dengan dia.

    Kami borak pasal kerja dia dan kerja saya. Bercakap fasal nyanyi dan lawak. Berjam-jam telefon sampai kena sekat sim kad.

    Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 2011.

    ALSO READ:  Abang Tesla Mahu Saman Kieda Crepe, Berang Dituduh Tak Jaga Kak Maj Selepas Keguguran

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

    Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

    Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun tahun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts