Perkongsian terkini pelawak, Mamat Sepahtu mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen bertemu rakan karibnya, Shuib ketika sedang bercuti.
Mamat, menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia secara kebetulan bertemu Shuib di sebuah kedai makan yang merupakan lokasi pertemuan pertama mereka pada 17 tahun yang lalu.
“Bertemu secara tak sengaja di tempat pertama kali kami berjumpa 17 tahun yang lepas.”-kapsyen Mamat di Instagram
View this post on Instagram
“Lepas Ni Kalau Bersembang, Korang Jangan Sebut Dah Nama…”
Perkongsian Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menitipkan pesanan buat Mamat dan Shuib untuk tidak lagi memetik nama individu individu terlibat setiap kali berbual.
“Lepas ni kalau bersembang, korang jangan sebut dah nama mamat tu. Nanti dia kata ‘menunggang’ pulak.”
“Dia kalau dah kaya, hidup dah selesa , job dah banyak, dah banyak duit, mana maunya lepak sini dah.”
“Sebenarnya korang rindukan dia kan. Harap-harap korang bersatu kembali suatu hari nanti.”
“Lepas ni nak sembang cerita dulu-dulu, jangan sebut nama sorang lagi. Lupakan je terus.”
“Dia buat orang boleh, orang buat dia, kiamat.”
“Teruskan persahabatan di kala susah dan senang.”
“Bila tengok gambar ni ada yang tak lengkap. Semoga suatu hari nanti korang bersama semula.”
Sama-sama kita doakan agar persahabatan mereka yang keruh akan kembali terjalin semula kelak…Apa komen anda?