Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMampu Milik Dan Berkualiti Tinggi, Menteri Besar Selangor Sempurnakan Majlis Penyerahan Kunci...

    Mampu Milik Dan Berkualiti Tinggi, Menteri Besar Selangor Sempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman BSP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    27 Ogos lalu menjadi saksi apabila penyerahan kunci bagi Rumah Idaman BSP disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari di Bandar Saujana Putra, Selangor.

    Untuk pengetahuan, Rumah Idaman BSP merupakan rumah pertama daripada enam buah projek Rumah Idaman MBI di bawah MGB Berhad, di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menawarkan kediaman mampu milik kepada semua rakyat yang berkelayakan dan menetap di Selangor.

    Projek perumahan strategik di Bandar Saujana Putra

    Terdiri daripada 1,312 unit pangsapuri dua blok, dengan keluasan 19.30 ekar dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM375 juta.

    Menariknya, projek ini menawarkan pelbagai pilihan rumah mampu milik dengan reka bentuk pelan berbeza, bermula dengan harga RM250,000.

    Kesemua unit ini dibina dengan teliti untuk memenuhi kehendak pemilik rumah moden, dan dilengkapi dengan perkakas penting termasuk penghawa dingin, peti sejuk, almari, kabinet dapur televisyen, dan pemanas air. Serius berbaloi!

    Berpeluang menyertai keahlian eksklusif ‘LBS Perks & Pluses’

    Seperti semua pembeli kediaman LBS, pemilik Rumah Idaman BSP juga berpeluang untuk menyertai Keahlian eksklusif ‘LBS Perks & Plusses’ yang merupakan sebuah program kesetiaan pelanggan khas yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan yang membolehkan pembeli rumah Idaman BSP merasai pengalaman menarik di sepanjang perjalanan mereka memiliki kediaman baru ini.

    Selain YAB YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor, majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat berikut:

    • Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, YB Datuk Borhan bin Aman Shah.
    • Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin.
    • CEO PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim.
    • Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, YBhg. Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San.
    • Pengarah Eksekutif LPHS, YBhg Dato’ Dr. TPr. Juhari bin Ahmad.
    • Timbalan Pegawai Eksekutif MGB Berhad, YBhg Tuan Isaac Lim.
    ALSO READ:  Fattah Amin Nafi Kongkong Fazura, Akui Perkara Normal Bgai Suami Mahu Tahu Dengan Siapa Isteri Berkawan

    Menurut Tan Sri Ir. (Dr) Lim Hock San selaku Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, beliau sangat bangga dengan kerjasama daripada pihak kerajaan dalam merealisasikan visi dalam menyediakan rumah mampu milik kepada semua rakyat Malaysia.

    “Matlamat kami adalah memastikan pelancaran bagi projek Rumah Idaman MBI yang akan datang dilancarkan dengan baik sekaligus dilihat sebagai batu loncatan bagi pertumbuhan berterusan pada tahun-tahun akan datang.”

    Menerusi pengalaman luas dalam industri pembinaan, MGB yakin dapat membina Rumah Idaman MBI yang berkualiti tinggi sekali gus menetapkan penanda aras baru bagi segmen rumah mampu milik Selangor. Sistem Pratuang IBS mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menjadi penyedia penyelesaian perumahan dengan teknologi IBS yang canggih.

    Sementara itu, YAB Dato’ Seri Amirudin menekankan komitmen teguh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya untuk menyediakan perumahan berkualiti tinggi dan selesa yang dilengkapi dengan kemudahan penting.

    Beliau yakin terhadap kejayaan Rumah Idaman BSP dan projek Rumah Idaman MBI yang lain, berikutan lokasi strategik dan harga yang mampu milik selain dilengkapi dengan perkakas asas, yang dapat meningkatkan kualiti hidup keseluruhan bagi penduduk Selangor.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts