Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentManfaat Memiliki Anak Autisme: Pahala Tambahan dan Peluang Masuk Syurga.

    Manfaat Memiliki Anak Autisme: Pahala Tambahan dan Peluang Masuk Syurga.

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    dr say anak autisme dr say anak autisme

    Doktor perubatan dan juga personaliti media sosial, Dr Say Shazril sering berkongsi pengalaman dalam membesarkan anak sulungnya, Ace yang disahkan menghidap autisme.

    Dosa masa lalu?

    dr say anak autisme dr say anak autisme

    Menerusi hantaran di TikTok, Dr Say mengakui dia pernah berfikiran negatif tentang sebab mengapa dia diuji memiliki seorang anak autisme.

    Kemudian, isterinya iaitu Dr Azura memberi nasihat dan pandangan tentang perkara tersebut.

    Semalam saya sempat ‘deep conversation’ dengan isteri saya, apa yang terkeluar adalah.. ‘saya rasa kita ada anak autisme mungkin sebab dosa-dosa kita pada masa dulu.’

    Isteri saya jawab, ‘saya tak rasa macam tu, saya rasa kita dapat anak autisme adalah sebab tuhan nak tambah kita punya pahala supaya kita dapat merasa masuk ke syurga.’

    Dalam masa yang sama, mempunyai anak autisme juga telah banyak menyedarkan mereka tentang cabaran bergelar ibu dan bapa selain pelbagai hikmah diperolehi semasa membesarkan anak syurga itu.

    Yang kedua isteri saya cakap adalah, dia okay ada anak autisme sebab dengan ada anak autisme ini membuatkan kami merendah diri.

    Sebelum ini kan bila kita tak ada ada anak, kita rasa anak-anak orang lain ini bisingnya. Tapi bila kita ada anak dan anak ada autisme pula, jadi kita dapat merasa betapa susahnya, betapa mencabarnya menjaga anak-anak, lebih-lebih lagi anak autisme.

    Ada anak autisme ini memberi kita peringatan, supaya kita tidak lupa diri sekiranya suatu hari nanti kita berjaya.

    Sementara itu, bapa kepada tiga orang anak ini sempat menitipkan pesanan kepada ibu bapa yang turut berdepan dengan situasi sama.

    Bila saya dengar semua ini, memang tenanglah hati saya sebab walaupun saya dah boleh terima anak saya ada autisme tapi kadang-kadang ada juga benda datang yang buat saya tertanya-tanya kenapa anak aku yang kena? Apa salah aku pada masa lampau?

    Jika ada ibu bapa di luar sana yang mungkin struggle untuk menerima bahawa anak mereka ada autisme, mungkin apa yang isteri saya ceritakan tadi boleh membantu anda seperti mana dia membantu saya.

    @say_shazril0

    “Apa salah aku yg menyebabkan aku dapat anak sebegini?”. Walaupun Ace dah ada full diagnosis, dah on therapy, dah ada perkembangan pesat kadang2 persoalan ni datang membelenggu sy. That is why we need a strong support system to comfort us just like apa bini sy cakap ni. Trust me, kalau korang ada anak istimewa, tiada apa in this world yg korang tak boleh handle. Moga apa yg wife sy sampaikan boleh memberi ketenangan kepada korang juga.

    ? Menyentuh Hati – Yuda pratama

    ALSO READ:  Floor 88 Wakil Malaysia Ke Asean-India Music Festival, Ayie Tetap Bangga Walau Ralat Tak Dapat Bersama – ‘Kami Sokong Satu Sama Lain’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts