Pelakon Wanna Ali berkongsi momen indah diikat pilihan hati pada Ahad.
Berbusana biru cair
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Wanna atau nama lengkap Nur Syazwana Mohd Ali dilihat berbusana sopan berwarna biru cair bersama bakal suaminya.
Alhamdulillah. Selangkah lebih dekat.
Dua hati, satu janji, seumur hidup bersama.
Dalam pada itu, Wanna memohon doa dari orang ramai agar dipermudahkan urusan mereka berdua.
Ucapan dari rakan artis
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut gembira dengan berita yang dikongsi pelakon berusia 27 tahun itu. Selain itu, mereka juga mengucapkan tahniah atas pertunangan tersebut.