Selain Shahrukh Khan, Bobby Deol juga salah seorang pelakon Bollywood yang popular pada tahun 1990-an. Namanya semakin dikenali selepa membintangi filem seperti Gupt dan Soldier. Untuk filem Gupt, Bobby menjadi penyumbang dana memainkan peranan besar dalam kejayaan filem itu.
Juga dibintangi oleh Manisha Koirala dan Kajol, filem itu kemudian menjadi salah satu hits terbesar pada tahun 1997. Ketika itu, dalam temu bual dengan Filmfare, Bobby berkongsi anekdot lucu daripada pembikinan filem itu, dan teringat bahawa dia telah mengadu tentang “Nafas berbau” Manisha Koirala semasa penggambaran lagu romantis.
IKLAN
Dalam pengakuannya sebelum ini, dia berkata
“Saya bergaul baik dengannya, walaupun kami tidak menjadi kawan baik. Semasa penggambaran lagu ‘Bechaniyaan’ dalam Gupt, dia terpaksa mendekatkan mukanya dengan muka saya dan kemudian menggigit dagu saya. Semasa dia mendekatkan mukanya ke muka saya, saya tercungap-cungap. Dia telah makan chana chaat (makanan india) penuh dengan bawang mentah sejurus sebelum kejadian. Sungguh menghairankan bagaimana saya berjaya melakukan adegan itu.”
Bobby sebelum ini pernah berkongsi dia menari dengan kondisi dirinya yang baru sahaja patah kaki semasa penggambaran lagu ini.
Pengakuannya kepada Hindustan Times, Bobby berkongsi bahawa koreografer terpaksa membuat step di mana dia hanya boleh menggerakkan tangannya tanpa menggerakkan badannya.
“Chinni dan Rekha Prakash ji membuat gerakan tangan saya, yang menjadi popular sebagai gaya ‘Bobby Deol,” kongsinya.