Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMarc Syahmie Didiagnos Kanser Testis Pada Usia 25 Tahun, Selamat Jalani Pembedahan...

    Marc Syahmie Didiagnos Kanser Testis Pada Usia 25 Tahun, Selamat Jalani Pembedahan – ‘Ibarat Diberi Peluang Kedua’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon baharu, Marc Syahmie berkongsi berita mengejutkan apabila dia disahkan menghidap kanser testis tahap dua pada usia 25 tahun.

    ‘Saya terduduk apabila disahkan ada kanser’

    Syahmie atau nama sebenarnya, Ahmad Syahmie Mahayudin berkata, dia tidak menyangka sakit tulang belakang yang dialami hampir setahun dan bengkak di sebelah testis merupakan simptom kepada kanser testis.

    Saya terduduk juga apabila disahkan ada kanser. Dalam hati tertanya-tanya kenapa saya, sedangkan saya masih muda dan tidak ada sejarah sakit kanser pun dalam kalangan keluarga.

    Keluarga juga terkejut, tetapi apabila saya fikir sakit adalah penghapus dosa saya mula berlapang dada dan berdamai dengan takdir.

    Bimbang kansernya semakin merebak, Syahmie kemudian mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan membuang sel kanser di testis kirinya dan menjalani rawatan kimoterapi.

    Alhamdulillah, saya hanya perlu melakukan kimoterapi sekali sahaja menggunakan dos paling tinggi. Walaupun sekali memang nampak kesannya pada badan, saya rasa loya dan keletihan. Doktor memberi jaminan, saya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh setahun.

    Tambah Syahmie lagi, meskipun telah melakukan pembedahan membuang testis kirinya, dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa termasuk berkahwin dan memiliki anak.

    ‘Kanser bukanlah penamat kehidupan’

    Sementara itu, pemenang tempat kedua program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada 2022 ini juga merasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalamannya itu supaya orang ramai mendapat pendedahan tentang penyakit kanser testis..

    Kanser testis boleh menyerang lelaki yang berusia 25 tahun ke atas dan jika dapat dikesan lebih awal akan dapat menyelamatkan nyawa serta memberi kualiti kehidupan yang lebih baik.

    Jika ada rasa abnormal pada mana-mana bahagian anggota badan, tolong lakukan pemeriksaan di hospital. Jangan jadi seperti saya yang indenial selama setahun.

    Selain aktif berlakon, Syahmie juga menceburkan diri dalam bidang permodelan dan kini sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

    Kanser bukanlah penamat kehidupan, sebaliknya menjadikan saya lebih bersyukur dan memandang kehidupan daripada sudut berbeza.

    Ibarat diberi peluang kedua, saya akan menggunakan ‘masa’ yang diberi sebaik mungkin dan meneruskan karier dalam bidang seni

    Syahmie yang juga model koleksi kasual jenama Rico Rinaldi telah membintangi beberapa buah drama antaranya, Geng Daddy Daddy, Cinta Kedua, Keria Women, Bintang GV Dikejar Zombie, Hati Terpaut Sayang dan terbaharu Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3.

    ALSO READ:  Isu Budaya Kerja “Gomen”, Edika Yusof Bersetuju, Netizen Minta Pihak Atasan Buat Tinjauan Mengejut

    Selamat jalani pembedahan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Ahmad Syahmie (@marcsyahmie)

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts