Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMarcell Melarat: Saya Tidak Akan Pencen Selagi Saya Dipanggil

    Marcell Melarat: Saya Tidak Akan Pencen Selagi Saya Dipanggil

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelantun suara ‘Takkan Terganti’ Marcell memberitahu dia tidak pernah meletakkan sasaran umur untuk berhenti menyanyi selagi hayat masih dikandung badan.

    Tak letak sasaran umur

    Menurut Marcell, dia tidak akan pencen selagi dirinya masih sihat dan berkemampuan untuk menyanyi.

    Itu saya tak mahu kerana manusia kalau tetapkan sasaran untuk berhenti atau pencen, bukan saya. Sebagai penyanyi, tiada istilah pencen untuk saya.

    Menyanyi itu berbeza kalau saya jadi birokrat atau ahli politik yang ada waktu berhentinya. Sebagai penyanyi, selagi hayat dikandung badan, sampai saya ‘dipanggil’, di situlah saya terhenti.

    Nanti kalau tetapkan sasaran misalnya berhenti pada usia 50 tahun, ditakdirkan pula dugaan contohnya sakit atau apa.

    Tambah penyanyi dari Indonesia ini, dia mengambil inisiatif untuk belajar teknik nyanyian dengan mengambil kursus vokal bagi menjaga dan mengekalkan suaranya.

    Saya baru tamat menjalani sebuah kursus. Sebelum ini saya sempat ambil jurusan menjadi penyanyi tenor atau vokal klasikal. Hanya untuk mendapatkan teknik supaya mampu menyanyi sampai umur 90 tahun.

    Bagaimana caranya saya tetap boleh menyanyi seperti sekarang. Kerana banyak penyanyi antarabangsa seperti Tom Jones atau sesiapapun yang usianya sudah lanjut tapi masih boleh menyanyi dengan nada sama, tidak berubah.

    Berbicara mengenai penjagaan diri di usia 46 tahun, Marcell sangat menitikberatkan aspek kesihatan dan dikelilingi dengan orang-orang yang mempunyai tujuan sama.

    Penjagaan bermakna teknik, teknik di mana saya kena cari dengan latihan dan menjaga fizikal. Senaman, istirehat, pemakanan yang betul. Juga disokong persekitaran orang yang ambil berat hal serupa.

    Kalau kita hendak hidup sihat tapi kiri kanan kita tidak, sukar. Isteri saya jurulatih senaman, jadi kami sama-sama saling menyokong dan mengingatkan. Kuncinya mencari keseimbangan hidup.

    ALSO READ:  'Cita-Cita Sebenar Saya Hanya Diketahui Oleh Keluarga Saya' - Linda Onn

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts