Musim anugerah kembali lagi. Seperti biasa warga net ‘kepoh’ mahu mengetahui fesyen apa yang bakal selebriti peragakan. Adakah nay? Atau yay? Bermula dengan Anugerah Golden Globe, seperti yang dijangka filem Oppenheimer menang besar.
Berbalik pada fesyen di karpet merah, siapa paling cantik di mata netizen dan penggiat fesyen.? Adakah si Barbie Margot Robbie? Selena Gomez yang menerima nominasi untuk lakonan dalam siri Only Murder in the Building? Mungkinkah Emma Stone atau juga bintang Euphoria Hunter Schafer?
Fesyen mereka sangat WOW, memang sempurna sekali!
Margot Robbie
Hunter Schafer
Hunter Schafer hadir ke Golden Globe dengan gaun rekaan Prada. Kelihatan sempurna dan anggun sekali dalam gaun lutsinar berwarna merah muda dengan kain meleret yang memberi kesan dramatik.
Rosamund Pike
Hiasan kepala Rosamund Pike adalah kemuncak fesyen karpet merahnya. Mengenakan gaun renda hitam dari Dior dipadankan dengan hiasan kepala dramatik rekaan Philip Treacy.