Bermula 25 Mac sehingga 4 April ini, TikTok menerusi TikTok Shop bakal menawarkan pengalaman yang istimewa buat para pengguna.
TikTok Shop mahu beri diskaun buat korang
Menerusi pembelian di #TikTokShopRaya2024 bermula 25 Mac ini, korang berpeluang menikmati pelbagai diskaun harian istimewa seperti baucar diskaun raya bernilai RM10, penghantaran percuma serta berpeluang menyertai Jualan Kilat Harian, Kempen Kategori dan Hari Jenama Super.
Bukan itu je, korang juga dapat sertai cabaran #TikTokShopBazarRaya2024 dengan merakam video bertemakan hari raya.
Para pemenang juga bakal berpeluang memenangi gelang emas eksklusif bernilai lebih RM5,000!
Berpeluang temui Khairul Aming dan Nelysa Norazlan
Sebut mengenai Khairul Aming dan Nelysa Norazlan pasti ramai yang cukup kenal dengan dua individu ini kan?
Menariknya, TikTok Shop dengan bangganya mengumumkan dua individu ini bagi kempen #TikTokShopBazarRaya2024.
Khairul Aming dan Nelysa Norazlan bakal bertanggungjawab dalam menyertai pelbagai inisiatif di luar talian termasuk mengacarakan sesi live yang bakal diadakan.
Bukan itu je, korang juga berpeluang untuk menemui Khairul Aming dan Nelysa Norazlan dengan lebih dekat!
Untuk pengetahuan korang, TikTok Shop dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya bakal menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya terbesar di Malaysia.
Acara mega ini dijangka bakal disertai oleh 500 vendor bermula 29 Mac hingga 10 April ini.
Lebih awesome lagi, TikTok Shop bakal turut membawa lebih 70 peniaga yang akan menjalankan sesi live selama lebih 100 jam!
TikTok Shop akan ke lokasi korang
Buat korang yang tidak sempat untuk ke Festival Ramadan Putrajaya, korang tak perlu risau.
Sebabnya, TikTok Shop bakal turut memperkenalkan trak bergerak yang bakal bawa semangat perayaan terus ke komuniti menerusi live streaming, meet and greet dan banyak lagi.
Pihak TikTok Shop juga turut bekerjasama dengan Maybank Visa sebagai rakan perbankan rasmi.
Menerusi penggunaan Kad Visa Maybank di Trak Bergerak TikTok Shop, korang berpeluang menikmati diskaun sehingga 10 peratus setiap hari pada jam empat petang. Menarik bukan?
Bermula 22 hingga 24 Mac 2024, trak bergerak TikTok Shop akan berada di Pasar Seni dan Ruang Masuk Lot 10, di hadapan H&M pada 29 hingga 31 Mac ini.
Buat korang yang hadir ke mana-mana lokasi terbabit, korang bakal menikmati pelbagai aktiviti interaktif, jualan barangan eksklusif TikTok Shop dan pelbagai kejutan menarik dari jenama tempatan #JOMLokal seperti Zuss Coffee, HausBoom dan Bulan Bintang Fashion.
Oh ya, Zus Coffee bakal menawarkan Raya Coffizz Bundle yang eksklusif, lengkap dengan sampel minuman istimewa mereka.
HausBoom pula akan menawarkan buah-buahan berbotol kegemaran warga Malaysia dan juga akan menawarkan lebih daripada 1,000 minuman keluaran mereka. Serius best!
Tidak ketinggalan, Bulan Bintang Fashion akan menghadiahkan sepasang baju raya percuma kepada 10 keluarga dalam senarai teratas yang menyertai aktiviti Trak Bergerak TikTok Shop.
Ayuh sokong kempen #JOMLokal
Untuk pengetahuan korang, 96 peratus daripada peniaga di TikTok merupakan peniaga tempatan.
Pengenalan TikTok Shop bagi melancarkan kempen #JOMLokal ini bertujuan untuk mempromosikan jenama-jenama tempatan serta memupuk kemahiran keusahawanan digital kepada penduduk di kawasan luar bandar.
Sumbangan TikTok Shop kepada usahawan dan peniaga tempatan sememangnya amat besar.
HausBoom yang bermula sebagai pengeluar jus buah-buahan tempatan kini berjaya menjadi perniagaan yang berjaya di persada antarabangsa. Mereka turut mengeluarkan empat juta botol setiap bulan serta menjalankan tiga sesi siaran langsung secara mingguan.
Tidak lupa juga, Bulan Bintang Fashion yang bermula daripada berniaga di pasar-pasar tradisional dan kini sudah berjaya menempah nama di pentas global.
Kejayaan Bulan Bintang Fashion membuktikan bahawa kuasa yang dimiliki oleh TikTok Shop dibantu oleh sesi live yang diadakan setiap hari semasa musim perayaan seperti hari raya.
Selain itu, untuk meningkatkan lagi hasil jualan peniaga tempatan, TikTok Shop menawarkan tawaran eksklusif seperti penstriman siaran langsung tanpa henti selama 144 jam di Kecoh Bazar Lokal Raya.
Acara ini menampilkan beberapa selebriti serta warga pencipta kandungan menerusi kolaborasi bersama Media Prima.
Ketua Perhubungan Strategik TikTok Shop, Nur Azre berkata, matlamat utama TikTok Shop ialah mencetus detik istimewa yang luar biasa, membentuk hubungan menerusi semangat kepelbagaian dan perayaan.
Bersama rakan-rakan yang kami hargai, kami 100 peratus komited untuk meraikan sambutan hari raya tahun ini dengan penuh gilang gemilang dan diingati semua. Sertai kami bersama kemeriahan TikTok Shop, untuk sebuah sambutan yang mengukuhkan semangat kreativiti, budaya dan komuniti.
Tujuan utama kempen #TikTokShopBazarRaya2024 ini diadakan ialah untuk menyulam keriangan serta semangat hari raya melalui komuniti TikTok.
Daripada kempen #TikTokShopBazarRaya2024 hingga ke duta jenama yang baharu, serta inisiatif trak bergerak, TikTok Shop ingin menjadikan sambutan Syawal tahun ini lebih istimewa untuk semua.
Ketahui lebih lanjut mengenai kempen yang penuh dengan kemeriahan ini dengan layari laman media sosial rasmi TikTok Malaysia.