Perkongsian terkini selebriti, Marion Caunter mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas berkongsi beberapa foto di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Marion yang menggayakan dres serba merah itu dilihat bersama keluarga menyambut perayaan Krismas atau Hari Natal.
“Merry Christmas and happy holidays.”-kapsyen Marion Caunter di Instagram
View this post on Instagram
“Islam Atas Kertas…”
Perkongsian Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Caunter mencetuskan pelbagai reaksi netizen, malah ada yang menyifatkan selebriti ini meraikan Hari Natal melebihi mereka yang bukan Islam.
“Islam tak? Husband orang Islam kan?.”
“Bukan ke dia ni dah masuk Islam..”
“Husband dia siapa eh?.”
“Mengalahkan kami yang non-Muslim sambut Christmas eve 😂.”
“Tak faham kenapa ramai Melayu liberal sambut Krismas over dari non muslim. Pelik sungguh.”
“Krismas tak boleh sambut sebagai Muslim, setakat ucap bagi menghormati kepelbagaian cukup laa.”
“Islam atas kertas.”
“Kalau la mereka tahu hukum menyambut Krismas 😢.”
“Dia ni Islam ke kafir.”
Sebelum ini, Marion pernah memberikan respon terhadap isu meraikan Krismas dengan menyatakan bahawa perayaan tersebut sangat penting dalam hidupnya kerana sudah meraikan perayaan Krismas selama 30 sejak sebelum berkahwin.
Sekadar info, Marion Caunter mendirikan rumah tangga bersama pewaris Naza Group, SM Nasarudin pada Disember 2010. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Leia, Lana dan Liam.
Apa komen anda?