Sejak semalam kecoh mengenai berita perkahwinan anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam.
Kahwin 17 Disember lalu?
Memetik sumber kepada mStar, pasangan itu didakwa bernikah di Songkhla, Thailand pada 17 Disember lalu.
Lebih mengejutkan, mereka didakwa berkahwin sewaktu isteri pertama Aslam, Misya Mazlan berada di Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Mereka bernikah pada 17 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya.
Aslam juga sudah memberitahu Misya bahawa dia dan Marissa mahu berkahwin.
Marissa yang mengajak mereka untuk berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu.
Perkahwinan pasangan itu juga sudah diketahui oleh keluarga kedua belah pihak namun, Abby dan Norman membantah sekerasnya.
Malah, kedua selebriti itu meminta agar anak perempuannya itu berpisah dengan Aslam.
Difahamkan juga, Aslam dan Marissa masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.
Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand.
Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan meminta mereka untuk berpisah.
Bagaimanapun, Aslam dan Marissa tidak dapat menerima cadangan itu dan enggan berpisah seperti yang diminta.
Sementara itu, hubungan Aslam dan isteri pertamanya didakwa kembali rentak selepas perkahwinan tersebut.
Bagaimanapun Aslam dan Misya masih bergelar suami isteri yang sah.
Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga.
Walau bagaimanapun, Marissa, Aslam, Norman dan Abby dilihat masih mengunci mulut.
Terdahulu, kisah perkahwinan Marissa dan Aslam menjadi bualan hangat apabila mereka dikatakan sudah pun bernikah di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.
Sekadar info, kisah anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.
Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila Misya mendakwa Marissa telah ‘check-in’ dengan bekas suaminya (ketika itu). Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Misya mendedahkan sekali bukti resit.