Sejak kebelakangan ini, nama anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania menjadi bualan apabila timbulnya dakwaan mengatakan dirinya sudah bernikah dan menjadi isteri kedua kepada jejaka pilihannya, Ahmad Aslam.
Tenang bekerja
Meskipun terpalit dengan pelbagai dakwaan dan kontroversi panas, Marissa atau nama sebenarnya Marissa Dania Hakim dilihat masih memilih untuk menutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terbaharu, gadis berusia 19 tahun ini kekal tenang apabila berkongsi gambar point of view (POV) dirinya berdiri berdepan alatan solekan di Instagram (IG) Story.
Menerusi hantaran tersebut, Marissa dipercayai sedang bersiap untuk menjalani sesi penggambaran bagi sebuah jenama yang tidak didedahkan.
Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam memaklumkan bahawa adik iparnya itu sudah pun mendirikan rumah tangga dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Thailand.
Mereka didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissan dan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Norman dan Abby mengenai isu tersebut. Malah, usaha untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya.