Kemelut keluarga yang melanda pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim susulan isu anak perempuan mereka iaitu Marissa Dania masih lagi menjadi tumpuan di media sosial.
Foto keluarga
Terbaharu, Marissa atau nama penuhnya Marissa Dania Hakim memuat naik sekeping gambar di Instagram Story (IG).
Foto tersebut memaparkan Marissa bersama ibu bapa kandungnya dan juga ibu bapa tirinya.
Marissa kemudian menulis kapsyen ringkas pada foto tersebut bersama emoji hati berwarna merah.
Never fails.
Walau bagaimanapun, sepanjang kontroversi itu berlaku, gadis berusia 19 tahun tersebut tidak pernah membuka mulut atau memberi sebarang kenyataan malah memilih untuk meneruskan kerjayanya seperti biasa.
Dalam perkembangan terbaharu kes tersebut, Norman meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.
Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.
Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.
Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.
Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.