Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania menyelar tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkaitan keluarganya di media sosial.
‘Sanggup buat apa sahaja untuk duit’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Marissa berkongsi paparan skrin memaparkan satu berita palsu disebarkan oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan tajuk ‘Anak Abby Abadi Meninggal Dunia’.
Difahamkan, individu terbabit menggunakan logo dan nama dari portal berita terkemuka semata-mata untuk meraih perhatian ramai.
Artikel palsu yang menggunakan tajuk ‘clickbait’ tersebut sengaja diterbitkan hanya kerana mahu menarik klik daripada orang ramai. Tetapi ternyata kandungan berita itu tidak sama seperti tajuk yang digunakan sebaliknya pautan tersebut membawa pembaca kepada satu platform membeli-belah secara atas talian.
Dalam pada itu, isteri kedua kepada pempengaruh Aslam ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu yang sanggup menggunakan isu sensitif demi kepentingan diri dan wang semata-mata.
Sanggup buat apa sahaja untuk duit.
Bukan itu sahaja, tindakan individu terbabit secara tidak langsung telah mencetuskan fitnah terhadap keluarga pelakon Abby Abadi.