Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMark Adam Akan Pastikan Projek Pembinaan Kediaman Keluarga Mentua Tidak Tangguh Lagi

    Mark Adam Akan Pastikan Projek Pembinaan Kediaman Keluarga Mentua Tidak Tangguh Lagi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernah mengalami kerugian hampir RM500,000 kerana ditipu kontraktor pembinaan yang gagal menyiapkan kediaman keluarga mentua, penyanyi dan pelakon, Mark Adam, kini lebih berhati-hati dalam memilih kontraktor yang baru agar tidak tertipu lagi.

    Akan pastikan projek pembinaan tak tertangguh

    Menurut Mark, dia dan isteri sudah ‘move on’ daripada kisah yang lalu meskipun, sudah dua kali menerima nasib yang sama.

    Kali ini, kami pastikan projek pembinaan kediaman keluarga mentua tidak tertangguh atau tertipu lagi.

    Tambah Mark, dia tengah berusaha mencari wang untuk menyelesaikan projek rumah terbengkalai itu.

    Insya-Allah, kami sudah ada perancangan untuk menyiapkannya dan ada dua pilihan kontraktor tempatan setakat ini. Rumah keluarga mentua ini pada asalnya setingkat dan kami mahu ubahsuai menjadi kediaman dua tingkat atau banglo yang selesa untuk ahli keluarga nanti.

    Kami juga sudah berbincang dengan dua kontraktor lain dan ia membabitkan kos sebanyak RM200,000 hingga RM300,000.

    Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Marry Me’ itu berkata, buat sementara ini mereka menyewa kediaman yang selesa di Ukay Perdana terlebih dahulu sebelum projek rumah tersebut siap.

    Bapa mentua sudah meninggal dunia dua bulan lalu dan kini ibu mentua dan anak saudara tinggal sekali bersama kami. Bila kami keluar bekerja, ada anak saudara yang menjaga ibu mentua dan 25 ekor kucing yang dipelihara di rumah.

    Sebelum ini, Mark pernah meluahkan perasaan terkilan selepas kontraktor yang bertanggungjawab membina kediaman mentuanya melarikan diri hingga kerja pembinaan terbengkalai pada tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts