Penyanyi dan pelawak, Mark Adam tampil membidas komen salah seorang netizen yang meluahkan rasa menyesal selepas membeli set sate bhalut yang dijualnya di festival makanan.
“Dah beli tadi, Alhamdulillah dengan harga RM25.00 ni okay la dengan rasa unik yang aku dapat, rasa menyesal.”-komen seorang netizen di TikTok
Tidak berdiam diri, Mark Adam kemudia membalas komen netizen berkenaan dengan memintanya untuk tidak menipu lebih-lebih lagi jika netizen terlibat beragama Islam.
“Assalamualaikum bro, kalau kau Islam jangan lah menipu, hari ini 7 haribulan kita last meniaga, 5 hari bulan kat Havoc.”-balas Mark Adam
“Sabar Mark, Meniaga Hati Kena Kental…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap tindakan netizen berkenaan yang disifatkan sengaja menjatuhkan perniagaan sesama bangsa.
“Apa la, orang nak meniaga dikacaunya.”
“Bangsa jatuhkan sesama bangsa ni jenis yang tak boleh tengok orang senang sikit, come on bro please lah jang jadi bang…”
“Serius sedap! Dah rasa tempoh hari.”
“Sabar Mark. Meniaga hati kena kental.”
“Senang je, kalau rasa mahal tak payah beli. Kalau dah beli tapi rasa tak kena dengan citarasa bagitau family dan terdekat sudah. Tak payah post kat media sosial.”
“Tak usah menjatuhkan kalau tak suka, tak usah membeli kalau rasa mahal, kan senang. Doakan je orang yang baru berniaga, kenapa perlu dikecam. Penyakit hati betul.”
“Melayu memang dengki kalau Melayu lain lebih berjaya, so berhati-hati moga terus sukses bang.”
View this post on Instagram
Apa komen anda?