Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMark & Spencer One Utama Dibuka Semula, Siap Ada Kedai Kopi

    Mark & Spencer One Utama Dibuka Semula, Siap Ada Kedai Kopi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hari ini, gedung Mark & Spencer One Utama dibuka semula dan menampilkan rupa kontemporari yang menggabungkan estetika moden dengan daya tarikan yang kekal sejak beberapa generasi.

    Seiring dengan pembukaannya hari ini, Mark & Spencer turut memperkenalkan koleksi denim baru Spring 2024 Made To Fit. Dari potongan klasik sehingga kepada rekaan elevated on-trend, pelbagai seleksi seluar jeans, jaket, skirt dan banyak lagi, yang bukan sahaja memancarkan estetika fesyen ke hadapan tetapi juga memberikan keselesaan yang tiada tandingan.

    Pakaian Wanita

    Di seluruh pakaian wanita, anda diberikan pelbagai pilihan pakaian serta denim yang sesuai dengan gaya yang anda sukai. Sama ada slim flare, straight, cargo, slouchy, wide leg, atau mid-rise.

    Pakaian Lelaki

    Bagi koleksi pakaian lelaki, anda dapat menemui pilihan denim untuk dipadankan dengan gaya hidup anda daripada koleksi 360 Flex Denim dan Stretch Denim. Direka untuk memberikan keselesaan dan fleksibiliti yang terbaik, koleksi 360 Flex Denim adalah seluar jeans super stretch dalam potongan slim dan straight dalam pelbagai cucian moden yang sesuai dalam cara berpakaian dan betapa pentingnya keselesaan.

    Koleksi Stretch Denim direka untuk bergerak bersama anda dan memberikan nilai utama pasaran dengan regangan tambahan untuk keselesaan tambahan dalam pelbagai pencucian dan sesuai untuk semua jenis saiz tubuh badan.

    Pakaian Kanak-Kanak

    Anda juga akan menemui pelbagai jenis pakaian denim yang dihasilkan daripada fabrik yang berkualiti, memastikan gaya yang timeless serta selesa untuk kesemua aktiviti yang mencabar dilakukan oleh kanak-kanak.

    Terokai rekaan mudah untuk dipakai (easy to wear) yang menampilkan kemasan patchwork, sulaman serta perincian distressed.

    Kafe M&S

    Di Mark & Spencer, anda dapat menemui pengalaman baru dengan mengunjungi kafe M&S yang baru sahaja dibuka di One Utama, menawarkan suasana yang tenang untuk menikmati hidangan lazat dan berehat semasa meneroka koleksi denim terkini.

    ALSO READ:  Siti Nurhaliza Balas Komen Netizen ‘Komplen’ Lagu Tak Sedap?

    Selain itu, M&S menyediakan rangkaian Eat Well, pilihan makanan yang berkhasiat dan lazat, termasuklah item sarapan seperti High Protein Choco Crunch, Strawberi dan Cherry Special Flakes, serta sup yang menyelerakan, sayuran-sayuran sejuk beku, fillet ikan, dan pilihan buah-buahan. Untuk snek, terdapat Pressed Fruit & Nuts Bar dan Popped Potato Chips, menyediakan keseimbangan pilihan manis dan berperisa untuk dinikmati bersama perjalanan membeli-belah.

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts