Penyanyi Marsha Milan Londoh enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu kontroversi membabitkan konsert Sumandak Stars yang dijadualkan berlangsung pada 30 November depan.
Marsha belum jumpa penganjur
Ketika ditemui , Marsha turut mengakui masih belum bertemu pihak Orange International Entertainment iaitu selaku pengajur konsert berkenaan.
Sejujurnya saya tak mahu cakap lebih sebab tiada informasi langsung mengenai konsert cuma boleh harapkan dapat dijayakan dengan sempurna.
Lagipun konsert ini mengetengahkan konsep bagus yang mana menggabungkan semua penyanyi Sabahan.
Saya juga belum berjumpa dengan pihak penganjur lagi untuk berbincang. Kontrak semua biarlah menjadi rahsia dahulu, saya tidak berani cakap apa-apa lagi.
Marsha berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem Don Dukun yang berlangsung pada Selasa.
Pelantun lagu Hening Rindu itu juga mengunci nulut perihal rakan seperjuangannya, Stacy yang telah menarik diri daripada konsert tersebut.
Saya yakin Stacy ada alasan sendiri dan pasti dia perlu melindungi hak dia.
Bagi saya apa yang penting, penyanyi lain perlu fokus dan pihak penganjur harus teliti dengan konsep.
Walau bagaimanapun, Marsha berharap agar konsert yang menggabungkan penyanyi kelahiran Negeri di bawah bayu itu berjalan dengan lancar.