Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMarshall Lancar Pembesar Suara Terbaharu, Willen II & Emberton III Yang Lebih...

    Marshall Lancar Pembesar Suara Terbaharu, Willen II & Emberton III Yang Lebih Gempak!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengedar rasmi, Ash Asia bagi jenama pembesar suara Marshall, telah membawa ke Malaysia dua versi baru pembesar suara mudah alihnya, Willen II bunyi gempak di mana-mana dengan lebih 17 jam masa main mudah alih, dan Emberton III, pembesar suara mudah alih yang mempunyai kekuatan luar biasa dengan lebih 32 jam masa main mudah alih.

    Ciri-Ciri Utama Willen II

    Bunyi Signature Marshall: Dengarkan audio yang seimbang dengan suara bes yang lebih kuat. Versi ini dilengkapi dengan pemacu yang ditingkatkan supaya setiap frekuensi bersinar – memastikan bunyi yang seimbang pada setiap tahap kelantangan musik atau audio. Dengan rangka yang lebih besar, ia memaksimumkan suara bes dan prestasi akustik keseluruhan.

    Masa Main Mudah Alih Lebih 17 Jam: Dengarkan musik kegemaran anda di mana-mana sahaja, dengan lebih 17 jam masa main mudah alih pada satu pengecasan penuh (masa pengecasan 2.5 jam). Sebagai alternatif, pengecasan selama 20 minit memberikan masa main selama 5.5 jam.

    Tahan Debu dan Air: Hujan dan kotoran tidak akan menghentikan anda daripada mendengar musik. Dengan reka bentuk ikonik Marshall yang bukan sahaja cantik, Willen II mempunyai penarafan IP67 tahan debu dan kalis air, yang boleh berada di dalam air sedalam 1m selama 30 minit.

    Mikrofon Terbina Dalam: Willen II dilengkapi dengan mikrofon terbina dalam, jadi anda boleh membuat panggilan bebas tanga sepenuhnya. Letakkan pembesar suara mudah alih anda di mana sahaja, di mana perbualan tidak akan mengganggu aktiviti harian anda.

    Bluetooth LE Audio-Ready: Dibina dengan ‘Bluetooth LE Audio-ready’, teknologi masa depan ini akan membuka dunia baharu dan pelbagai kemungkinan perkongsian audio dengan Auracast™. Dengan ini, tiada apa yang akan menghalang masa mendengar musik anda.

    ALSO READ:  ‘Tiada Istilah Anak Tiri Sebab Saya Sayang Semua Seperti Anak Sendiri’ – Ungku Ismail

    Ciri-Ciri Utama Emberton III

    Bunyi Signature Marshall: Dengar bunyi yang lebih penuh dengan tambahan suara bes yang lebih seimbang pada setiap volume. Ia menampilkan bunyi signature Marshall dengan Dynamic Loudness yang menyesuaikan keseimbangan ton untuk memastikan musik anda kedengaran hebat dan jelas pada setiap tahap volume. Dengan suara bes yang lebih besar daripada pendahulunya, ia akan menyuntik kuasa baru ke dalam lagu-lagu kegemaran anda, terutama sekali pada volume maksimum. 

    True Stereophonic: Alami bentuk bunyi pelbagai-arah yang unik dari Marshall. True Stereophonic adalah bunyi stereo, tetapi tidak seperti yang pernah anda dengari. Tersedia secara eksklusif pada produk Marshall, alami bunyi ruang dan binaural unggul yang mengelilingi anda, mengisi mana-mana ruang. Ini adalah bunyi 360 darjah yang mutlak, di mana musik akan menemui anda.

    Masa Main Mudah Alih Lebih 32 Jam: Dengarkan musik kegemaran anda berjam-jam lamanya, dengan lebih 32 jam masa main pada satu pengecasan – dengan pengecasan penuh selama 2 jam, berbanding 3 jam dengan versi sebelumnya. Untuk kegunaan pantas, tempoh pengecasan selama 20 minit akan memberikan masa main selama 6 jam.

    Tahan Debu dan Air: Emberton III dibina dengan reka bentuk lasak yang boleh menentang debu dan hujan. Dengan penarafan IP67 tahan debu dan kalis air, pembesar suara mudah alih ini boleh berada di dalam air sedalam 1m selama 30 minit.

    Mikrofon Terbina Dalam: Tidak seperti pendahulunya, Emberton III kini dilengkapi dengan mikrofon terbina dalam, jadi anda boleh membuat panggilan bebas tangan sepenuhnya. Buat pertama kalinya, anda boleh membuat panggilan sambil bersiap untuk memulakan hari anda atau bersedia untuk ke gig.

    ALSO READ:  Meriahnya Sambutan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Warner Music Malaysia 2024!

    Bluetooth LE Audio-Ready: Emberton III dibina dengan Bluetooth LE Audio-ready. Teknologi masa depan ini akan membuka dunia baharu dalam perkongsian audio dengan Auracast™, jadi tiada apa yang boleh menghalang anda dan musik anda.

    Willen II dan Emberton III akan berada di pasaran dan boleh didapati di rakan kongsi runcit rasmi seperti Flash Gadgets, Harvey Norman, Thunder Match Technology, dan banyak lagi.

    View this post on Instagram

    A post shared by ASH Asia Malaysia (@ashasia_malaysia)

    Pembesar suara Marshall juga tersedia dalam talian di kedai e-dagang rasmi Marshall di platform Shopee (https://shopee.com.my/marshall.os) dan juga Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/marshall/) bermula 12 September 2024.



    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts