Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Masa Pertama Kali buat ‘TikTok Shop Live’, Saya Hanya Ada 2 Penonton”-...

    “Masa Pertama Kali buat ‘TikTok Shop Live’, Saya Hanya Ada 2 Penonton”- Usahawan TikTok Shop Kongsi Kisah Di sebalik Kejayaan Mereka.

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menjalankan sebuah perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai onak dan duri perlu dihadapi demi sebuah kejayaan.

    Mahu produk tempatan dikenali oleh masyarakat TikTok Shop melancarkan kempen #JomLokal.

    #JomLokal adalah inisiatif khusus oleh TikTok Shop untuk menyokong dan meraikan perniagaan tempatan di seluruh Malaysia.

    Kempen ini memberikan peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkenalkan dan mempamerkan produk mereka kepada orang ramai dan dalam masa yang sama memupuk rasa bangga dalam menyokong perniagaan tempatan, menggalakkan pembelian produk tempatan sekaligus, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Jom telusuri perkongsian kisah keusahawanan rakyat negara kita yang telah terpilih sebagai IkonLokal, TikTok Shop Malaysia.

    Dapur Pak Amir: Bangkit demi kelangsungan

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Amir Mohsin bin Mohd Bahrudin
    Produk: Aneka sambal ready to eat

    Amir Mohsin merupakan usahawan lulusan Kejuruteraan Mekanikal. Dia menghadapi cabaran meneruskan kehidupan selepas terlibat dalam kemalangan yang mengubah arah hidupnya.

    Walaupun disangka akan lumpuh seumur hidup, Amir bangkit kerana terinspirasi oleh ayahnya yang telah menghadapi pelbagai dugaan.

    Mula berniaga nasi lemak di tepi jalan, sambal nasi lemak Amir sering mendapat pujian. Amir kemudian mula memperkenalkan  produk Nasi Lemak OKU di TikTok Shop.

    Kalau korang nak tahu, Amir buat TikTok Shop Live selama 12 jam sehari untuk menjual produk sambalnya, walaupun diri cepat penat akibat traumatic brain injury. Dia tak pernah berputus asa.

    Menurut Amir, dia ingin produknya dikenali di seluruh dunia.

    “Harapan saya, saya dapat menaja perbelanjaan program SAY ( Selangor Youth Community) milik Raja Muda Selangor yang pernah memberi saya peluang untuk menimba ilmu perniagaan yang dikendalikan EVOING yang akhirnya menobatkan saya sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor 2024.” Tambahnya lagi.

    EmpatBeranak: Jangan takut untuk bangkit

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Mohd Azri bin Aris dan Nina Nadia binti Sahim
    Produk: Pewangi rumah

    Mulakan perniagaan setelah mengalami kegagalan dalam perniagaan makanan, pasangan suami isteri yang begitu meminati bidang perniagaan ini tidak pernah berputus asa.

    Meskipun menghadapi masalah kewangan, mereka terus berjuang.

    Melihat potensi TikTok Shop sebagai platform untuk memulakan semula perniagaan. Mereka menggunakan peluang ini sebaiknya.

    Masa mula-mula nak keluarkan pewangi empat beranak, masa nak pilih bauan yang macam mana  untuk diniagakan, kami pilih bauan hotel. Kenapa?  Sebab masa kami tengah senang dahulu hampir setiap bulan kami sekeluarga suka tidur di hotel lima bintang. Kami rasa hotel lima bintang tu adalah satu tempat yang macam sangat best, sangat relaks dan cukup menenangkan.” 

    Walaupun tanpa pengikut, mereka mula berjinak dengan TikTok Shop dengan mencipta kandungan menarik dan mula memperkenalkan produk pewangi rumah dengan bau seakan-akan hotel 5 bintang.

    Dengan usaha gigih dan inovasi, mereka akhirnya berjaya meraih perhatian pelanggan dengan produk-produk keluaran mereka.

    Shiffa: Dari borong ke TikTok Shop

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Nor Faridah Sariff
    Produk: Rempah kari

    Hutang dan Tekanan. Ini adalah 2 faktor utama yang mendorong Faridah Sariff menjadi penjual TikTok Shop.

    “Selama ini, saya telah menjual secara borong dan pukal, menghantar serbuk kari keluaran saya dari satu kedai runcit ke kedai lain, dari satu pasar raya besar ke pasar raya yang lain tetapi hutang mula bertambah akibat pihak peruncit lewat melakukan pembayaran.”

    ALSO READ:  Elyana Bengang Dijadikan ‘Kaunter Pertanyaan’ Penyakit, Dedah Pernah Dimaki Hamun & Dilabel Ahli Neraka

    “Saya menerima tekanan hebat dan pada saat itulah saya mengambil keputusan untuk memulakan perjalanan TikTok Shop demi kelangsungan perniagaan saya.”

    Menurut Faridah lagi, pada awalnya TikTok Shop Live yang dia lakukan tidak mendapat sambutan.

    “Pertama kali live TikTok Shop tak ada penonton, saya rasa gementar, namun perlahan-lahan keyakinan pada diri saya mula meningkat. Sekarang saya jadualkan TikTok Shop Live hampir setiap hari dan telah menjana pendapatan yang stabil.”

    Dengan adanya TikTok Shop perniagaan rempah kari Shiffa semakin maju dan mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia.

    Dalam masa yang sama Faridah juga lebih mahir menggunakan perkhidmatan TikTok Shop.

    Sunsets Clozette: Dari minat kepada perniagaan

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Noor Shahrina Binti Asad dan Nurul Atikah Binti Abdul Razak
    Produk: Pakaian wanita fesyen terkini

    Noor dan Nurul memulakan perniagaan semasa pandemik.

    Menurut Shahrina dirinya dah mula menjahit baju sejak berusia 14 tahun lagi.

    “Masa tu saya jahit baju sekolah saya sendiri, bila jiran tengok hasil jahitan baju saya, mereka mula yakin dan buat tempahan.”

    Namun begitu, jumlah tempahan yang diambil adalah terhad kerana Shahrina masih bersekolah dan ingin fokus kepada pelajarannya.

    “Apabila melihat ciri TikTok Shop yang menawarkan perkhidmatan pembayaran sewaktu terima barang (COD). Saya ambil peluang menggunakannya, kerana ciri COD memudahkan pengguna TikTok Shop yang tidak mempunyai online banking untuk membuat pembelian.”

    “Alhamdulillah kini saya dan pasukan saya dah berjaya mencatatkan rekod jualan lebih dari RM15,000,000 setahun dengan TikTok Shop.”

    KIMYRA: Menghadapi Cabaran dengan Kekuatan

    Pemilik: Fatin Umirah Faridon
    Produk: Pakaian sukan muslimah

    Fatin memulakan perniagaan selepas dirinya mendapati variasi pilihan pakaian sukan muslimah adalah terhad.

    Bukan itu sahaja, rekaan yang diketengahkan juga agak ketinggalan zaman.

    Melihat adanya permintaan terutama di sekolah dan universiti, Fatin mula menjalankan perniagaan menjual pakaian secara kecil-kecilan.

    “Titik permulaan jenama KIMYRA bermula selepas saya berkahwin, suami minat dalam bidang kreatif iaitu rekaan pakaian. Jadi, kami sama-sama putuskan untuk cipta jenama sendiri, KIMYRA.”

    “Saya mula berniaga di TikTok Shop kerana terinspirasi oleh kejayaan seorang sahabat. Dia berjaya tingkatkan perniagaan dia dengan ketara menggunakan platform ini. Tengok hasil yang dia perolehi, buat saya yakin yang TikTok Shop boleh jadi alat yang kuat untuk capai lebih ramai orang, terutama di pasaran lokal, di mana KIMYRA sedang berkembang.”

    “Bayangkanlah ketika Campaign 7/7, melalui live TikTok Shop kami berjaya mencapai jualan RM 13,000 dalam masa 1 hari dan pada masa yang sama jualan bulanan kami pada ketika itu mencecah 6 Angka, itu pengalaman yang tak akan saya lupakan.”

    KAVABASE: Mahu mengangkat martabat sub etnik Borneo melalui rekaan t-shirt!

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Elysiana Jemaslin
    Produk: Pakaian/T shirt-Borneo

    Dibesarkan di Paitan, Sabah, yang terletak 254 km dari Kota Kinabalu. Keluarga Elysiana tergolong dalam golongan miskin tegar dan tersenarai dalam program E-kasih. Dia memulakan perniagaan pakaian untuk membiayai pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris, dalam bidang Pendidikan Seni Visual.

    ALSO READ:  Pelakon Popular Didakwa Hangat Bercinta Dengan ‘Hijab Stylist’ Isteri?

    Terinspirasi oleh kejayaan konten creator seperti Khairul Aming, Elysiana dan pasukannya memutuskan untuk memulakan TikTok Shop setelah mengikuti program anjuran DIDR Sabah.

    “Misi utama jenama kami adalah untuk memperkenalkan dan mengangkat martabat setiap etnik yang terdapat di Malaysia khususnya di kepulauan Borneo dimana terdapat banyak sub-etnik yang masih tidak dikenali melalui design tshirt dan karya- karya yang lain pada masa akan datang.”

    “Pada mulanya kami bimbang mengenai penerimaan orang ramai terhadap jenama KAVABASE di platform TikTok Shop. Live TikTok Shop yang pertama tiada penonton tetapi kami tetap konsisten dari Disember 2024 hingga Mac 2024 dengan mengambil langkah berani melancarkan TikTok Shop dan menjalankan perniagaan sehingga ke hari ini.”

    Terubuk Masin Sarawak: Kandungan kreatif viralkan TikTok Shop kami.

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Zulkifli Suli
    Produk: Ikan terubuk masin & telur terubuk masin

    Zulkifli memulakan karier sebagai penjual ikan terubuk masin pada tahun 2009. Pada 2014, dia membuka kedai sendiri dan pada 2015, menubuhkan Zulkifli Suli Enterprise.

    Melihat banyak pembeli beralih ke TikTok Shop, Zulkifli melihat peluang untuk memanfaatkan TikTok Shop sebagai salah satu Platform pemasaran berkesan, terutamanya melalui video.

    Tambahan pula, bila video Encik Zulkifli pernah viral dan trending di TikTok, orang semakin mengenali produk kami.

    “Jika dulu sebelum ada nya TikTok Shop, kami rasa susah sangat nak menonjol dan nak memviralkan ikan terubuk masin kami, tapi dengan adanya TikTok Shop kami hanya perlu konsisten membuat marketing melalui video dan live di TikTok Shop setiap hari.”

    “Kami tak boleh nafikan menghasilkan kandungan kreatif untuk TikTok Shop merupakan cabaran utama, tapi ianya buat jenama kami semakin dikenali.”

    Bookcafe: Tak sangka dapat jana pendapatan RM1,000,000 melalui affiliate!

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: PTS Media Group
    Produk: Buku ilmiah, sejarah Islam, motivasi, dan novel

    Bookcafe adalah anak syarikat PTS Media Group yang ditubuhkan untuk mengurus jualan buku dalam talian.

    Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, mereka memperluas operasi ke platform marketplace.

    Bookcafe mula menjual di TikTok Shop pada Oktober 2022 sebagai usaha untuk memulihkan jualan yang menurun. Mereka tidak menyangka dapat menjana jualan sebanyak RM1 juta, terutamanya melalui program affiliate.

    “Cabaran terbesar yang dihadapi adalah kekurangan pencipta kandungan. Pada masa itu, kami tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini.”

    “Namun, melalui program affiliate dan pengalaman kami dalam melatih serta mengurus ejen jualan, kami berjaya melahirkan affiliate yang mampu meraih komisen 5 angka sebulan.”

    Bagi yang belum tahu, Bookcafe berjaya mencapai kejayaan dan memenangi anugerah Top Rising Star di TikTok Shop Summit dengan bantuan program affiliate.

    Alha Alfa: Produk kosmetik dengan bahan penjagaan wajah!

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: Dato’ Sri Alha Alfa
    Produk: Kosmetik

    Siapa tak kenal Dato’ Sri Alha? Seorang ‘Make Up Artist Profesional’ yang cukup disegani di negara kita.

    Memiliki pengalaman selama 17 tahun sebagai jurumekap profesional, anak ke 2 dari 4 orang adik beradik ini telah memulakan empayar perniagaan dalam bidang kosmetik sejak 10 tahun yang lalu.

    “Perjalanan saya bersama TikTok Shop bermula apabila saya disapa oleh team TikTok Shop sendiri, yang mana mereka kemudiannya memberikan penerangan berkenaan kelebihan Beg Kuning. Dari situ saya mengambil langkah memberanikan diri memulakan Live untuk penjualan.”

    ALSO READ:  [VIDEO] Ibadah Korban Tanggungjawab Suami Atau Isteri? Ini Penjelasan Ustaz Don

    Pencapaian yang paling membanggakan saya adalah ketika team Alha Alfa Cosmetics berjaya memecah rekod jualan di TikTok Shop Live dengan jumlah jualan sebanyak melebihi RM800,000 hanya pada satu malam.

    Disebabkan itu, Team TikTok Shop dari negara China telah turun ke gudang kami dan ingin melihat sendiri proses Alha Alfa Cosmetics melakukan jualan di Malaysia.

    Impian saya, jika diberikan peluang dan ada rezeki untuk berkolaborasi dengan TikTok, saya ingin menghasilkan satu produk khas “Alha Alfa x TikTok”.

    PerySmith: Manfaatkan potensi TikTok Shop

    TikTok ShopTikTok Shop

    Pemilik: PerySmith Malaysia
    Produk: Peralatan elektrik rumah & vakum

    PerySmith mula diperkenalkan pada tahun 2018.

    Bermula dengan 10 produk, PerySmith kini mempunyai lebih dari 100 produk.

    Menurut Shanice Wong, Ketua Jualan & Pemasaran PerySmith, PerySmith terkenal dengan produk air fryer dan vakum.

    “Dulu dalam pasaran, memang tak banyak jenama vakum. Kalau nak beli vakum memang mahal dan tak banyak jenama pembersih vakum professional.”

    Katanya lagi, PerySmith memiliki production line sendiri.Oleh itu, korang boleh dapatkan vakum berwayar, vakum tanpa wayar atau vakum cuci karpet pada harga dibawah RM100 hingga RM1,000 ke atas.

    “Kita selalu dengar TikTok Shop berjaya di luar negara, apabila TikTok Shop masuk pasaran Malaysia, pasukan PerySmith terus ambil peluang dan cuba pasarkan produk kami di platform TikTok Shop walaupun tiada pengalaman.”

    “Paling dramatic semasa kempen raya kami yang pertama, semua tak tahu macam mana nak buat  TikTok Shop live, tapi siapa sangka hanya dalam 2 jam kami dah capai penjualan dengan angka 5 digit.” Ceritanya lagi.

    Ini membuktikan kuasa TikTok Shop dalam memudahkan jualan.

    Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan tetapi para usahawan ini tidak pernah berputus asa dalam menjalankan perniagaan mereka.

    Jadi, jom support peniaga kita dengan membuat pembelian korang di SINI.

    Nak dengar perkongsian kisah perniagaan mereka secara LIVE?

    Saksikan 10 episod kisah keusahawanan IkonLokal TikTok Shop di TV9 bermula 22 September 2024 hingga 24 November 2024, setiap Ahad, pada jam 7.50 malam hingga 8 malam.

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts