Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMasalah Kesihatan Punca Didi Astillah Berhenti Kerja Sebagai Pramugari

    Masalah Kesihatan Punca Didi Astillah Berhenti Kerja Sebagai Pramugari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hampir setahun bertugas di awan biru, pelakon dan penyanyi Didi Astillah memberitahu dia sudah berhenti kerja sebagai pramugari.

    Dah dua bulan berhenti

    Menerusi temu bual bersama , Didi berkata, atas faktor masalah kesihatan dia tidak dapat meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pramugari.

    Atas faktor masalah kesihatan, saya dah tak kerja sebagai pramugari. Saya kena berhenti sebab tak ‘fit’ untuk terbang. Dah dua bulan saya tak terbang. Mengenai masalah kesihatan saya tak boleh kongsikan secara lanjut. Cuma, Alhamdulillah semakin okay.

    Tambah Didi, dia berasa lebih tenang selepas berhenti kerja.

    Saya rasa tenang selepas berhenti jadi pramugari. Bukan tak suka jadi pramugari jangan salah faham. Sebab itu impian saya dan Bella sejak kecil. Tapi sebab masalah kesihatan yang membuatkan saya tak teruskan kerjaya itu.

    Berbicara lebih lanjut, Didi mengakui dia seorang yang ‘introvert’ apabila usianya semakin meningkat.

    Saya jadi sangat introvert dengan orang yang tak kenal. Kalau pergi show dan konsert, pasti rasa tak selesa. Pelik juga. Dulu tak ada macam ni. Tapi masih lagi tak teruk. Saya cuba sibukkan diri untuk menangani rasa introvert.

    Mungkin apabila saya sertai Famili Duo nanti, perasaan itu akan bertukar dan menjadi lebih baik.

    Di akhir temu bual, adik kepada Bella Astillah ini turut berkata, dia mahu menjadi seorang penerbit pada masa akan datang.

    Dulu kalau orang tanya saya cita-cita nak jadi apa, saya akan jawab penyanyi dan pelakon. Selepas itu saya cakap nak jadi pramugari. Selepas ini saya nak jadi huruf  ‘p’ juga iaitu produser’.

    Sekadar info, Didi akan memeriahkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ 30 November ini bersama kakaknya, Adira, Stacy, Marsha, Nikki Palikat dan Wani Kayrie.

    ALSO READ:  Penjelasan Hukum dari Ustaz Azhar Idrus Berkenaan Jemaah Perempuan yang Enggan Rapatkan Saf di Masjid [VIDEO]

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts