Pelakon Ruhainies mengingatkan orang ramai untuk mengucapkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa kerana dipanjangkan usia dan diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tahun 2025.
Iman dan rezeki
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, berdoa supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk beribadah bagi meingkatkan keimanan kepada Allah.
Memasuki tahun 2025, marilah kita ucap Bismillah dengan penuh harapan dan iman. Memohon petunjuk, rahmat dan keberkatan Allah S.W.T.
Semoga tahun baru ini menjadi perjalanan untuk pertumbuhan rohani, iman yang kukuh dan peluang yang tidak terkira banyaknya.
Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Dalam hantaran sama, aktres berkenaan berkata, segala amalan baik akan menjadi bekalan umat Islam di akhirat.
Supaya segala itu dapat menjadi menyumbang kepada kebaikan di dunia dan bekalan di akhirat.