Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMat Redho Masih Trauma Insiden Anak Hilang – ‘Sekarang Mata Saya Lebih...

    Mat Redho Masih Trauma Insiden Anak Hilang – ‘Sekarang Mata Saya Lebih Peka & Pastikan Mereka Tidak Hilang Dari Pandangan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, pelakon dan atlet sukan lasak iaitu Mat Redho memaklumkan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah.

    Tidak lama selepas itu, pihak polis berjaya menjumpai anaknya di kawasan pejabat.

    Masih trauma

    Terbaru, menerusi temu bual bersama , Mat Redho berkata, dia masih lagi trauma dengan insiden tersebut. Tambah Mat Redho, dia menjadi lebih peka dan sentiasa memantau gerak geri anaknya tatkala berada di luar kawasan rumah.

    Saya tak nafikan bahawa sejak dari kejadian itu saya masih lagi trauma. Sekarang mata saya akan lebih peka dan berjaga-jaga terutama ketika membawa anak-anak ke pusat membeli belah mahupun taman permainan.

    Kalau mereka sedang bermain, saya akan pastikan mereka tidak hilang dari pandangan.

    Berbicara lebih lanjut, juara program realiti Fear Factor Malaysia (FFM) musim kedua ini turut mengakui bahawa dia semakin tahu mengenai prosedur pihak polis berkaitan orang hilang sejak insiden tersebut.

    Kita selalu tengok kejadian orang hilang di dalam filem atau drama, senario yang mereka tunjukkan adalah selepas 24 jam baru boleh buat laporan polis. Sebenarnya itu salah. Kalau kita rasa ragu-ragu atau sudah tak nampak anak dalam masa setengah jam, boleh terus pergi ke balai polis.

    Mereka akan buat hebahan dalaman dan polis-polis ini akan mula mencari. Itu yang pihak polis minta saya maklumkan kepada semua juga.

    Terima kasih semua

    Mat Redho yang ditemui selepas sidang media program Maskulin Who’s Your Bro di Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini, turut memberitahu bahawa fikirannya berasa sangat celaru sepanjang hampir tiga jam anaknya itu hilang.

    15 minit anak hilang dari pandangan ketika di taman permainan pun kita sudah gelabah. Inikan pula hilang tiga jam. Macam-macam perkara saya fikir ketika itu. Saya berfikir luar kotak dan mencari anak saya di semua tempat.

    Bila jumpa, saya menangis. Sejam lebih hilang pun saya sudah nangis. Dalam masa dua jam itu, macam-macam boleh jadi lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.

    Di akhir temu bual, Mat Redho mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menemukan anaknya itu. Bukan itu sahaja, Mat Redho turut berterima kasih kepada pengikutnya di media sosial yang turut sama membantu membuat hebahan.

    ALSO READ:  Sharnaaz Bergambar Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Respon – ‘Bang, Jom Try Sparring’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts