Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMata Berkedip & Mulut Tak Boleh Buka Besar, Anak Zarina Zainuddin Hidap...

    Mata Berkedip & Mulut Tak Boleh Buka Besar, Anak Zarina Zainuddin Hidap Bell’s Palsy

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Instagram, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu anak autismenya iaitu Azal Azrai disahkan menghidap masalah saraf pada muka iaitu Bell’s Palsy oleh doktor, semalam.

    Bawa Azal pergi hospital cepat

    Menurut Zarina, semasa bangun tidur pagi semalam, dia mendapati mata Azal berkedip-kedip tetapi hanya menyangka ia akibat dimasuki habuk.

    Saya tidak fikir apa-apa yang buruk dan beli ubat titis mata. Saya ingat dah okey dan tiada apa-apa. Dalam masa sama saya buat ‘live’ untuk menjual produk.

    Waktu itu pengikut saya yang perasan masalah pada Azal dan minta saya cuba periksa. Katanya, dia rasa Azal mengalami Bell’s Palsy apabila mukanya seperti senget.

    Lepas habis live saya nak tahu betul atau tak dan urut-urut muka Azal untuk pastikan dia boleh pandang atau tidak. Semua yang disuruh buat dia boleh ikut.

    Bercerita lebih lanjut, Zarina berkata, anaknya itu tidak boleh membuka mulut dengan besar sewaktu makan malam.

    Mulutnya senget. Nak makan kena yang lembut-lembut saja. Dia boleh kunyah tapi sebelah mulut saja. Saya terkejut dan terus tutup gerai jualan dan bergegas ke sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.

    Doktor kata wad penuh dan bagi suntikan steroid kemudian suruh balik dan pagi ini kena datang semula. Hari ini baru doktor sahkan Azal ada Bell’s Palsy.

    Zarina berkata, doktor memaklumkan saraf di bahagian telinga Azal mengembang disebabkan virus yang disebarkan dari udara dan tidak akan berjangkit kepada orang lain.

    Katanya ia akan makan masa empat bulan untuk sembuh. Boleh baik tapi kena jaga bagi makan ubat dan buat fisioterapi.

    Selepas jumpa doktor, kami ke Singapura untuk berniaga. Azal dah makan ubat dan boleh ikut saya tanpa perlu rehat.

    Bagi saya, lagi elok dia bercakap dan bergerak agar dia aktif dan jangan lemah. Kena buat aktiviti macam biasa. Cuma kena berjumpa semula dengan fisioterapi dan bagi makan ubat.

    Di akhir posting, Zarina mengakui ini adalah ujian buatnya kerana sebelum ini anak ketiganya, Naim disahkan memiliki satu buah pinggang.

    ALSO READ:  [VIDEO] Norman Hakim Menangis, Marissa Dania Minta Ampun & Maaf – ‘Adik Selalu Doa Supaya Dosa Papa Bagi Dekat Adik’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts